in

Surat Terbuka Luahan dari Pengikut Setia #LOFATTAH

Budiey menerima banyak sekali respon dan komen tentang berita yang disiarkan dalam Utusan Malaysia berkenaan Fattah Amin mengakui enggan berlakon dengan Neelofa dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA. Korang boleh baca sendiri di Instagram @budiey.

Ekoran terlalu banyak sangat spekulasi, seorang peminat LoFattah telah menulis surat dan Budiey nak kongsi bersama korang:

Assalamualaykum pembaca semua,

Terfikir untuk menulis berkaitan #lofattah. Harapnya tidak mengundang muntah hijau pada sesiapa.

Saya adalah antara ribuan peminat #lofattah, sejak Oktober 2016. Mengikuti perkembangan kedua mereka dengan hati senang dan berbunga2, kemanisan hubungan mereka tempiasnya dirasa oleh semua. Tersenyum tersengih seolah-olah kami yang penasaran bercinta. Mereka boleh menidakkan dengan kata2 yg disebut Lofa, “ Kami hanya kawan, peminat yang berkhayal dan memasang angan-angan”. Barangkali Lofa lupa, gaya bahasa tubuh orang bercinta ini boleh dibaca.

Sementelah lagi, kumpulan peminat #lofattah yang datang bukan dari kalangan budak hingusan sekolah, ada juga peringkat nenek, mak2 dan golongan professional. Kami semua yang lebih berusia dan lebih dulu makan garam pernah melalui fasa bercinta penuh manis itu. Jadi pendek kata, kami faham dan mengerti, tak boleh nak sorok dan berdalih sangat. Aura mereka sehingga membuatkan ada yang belum pernah menonton drama jadi terikut menggelar diri mereka #lofattah juga. Hebat ujian dan anugerah Tuhan buat mereka berdua pada masa itu.

Kerana minat, banyak maklumat dicari dan ditemui. Kelibat mereka berdua bersama, pandangan mata dan body language mengukuhkan lagi telahan hati kami. Iya, memang sah bercinta! Masakan kawan biasa atas dasar professional kelihatan seperti itu. Kami suka, menyokong dan memasang harapan agar perhubungan berlanjutan ke peringkat seterusnya. Yelah, sama2 single, sama2 sayang, apa salahnya.

Tidak tahu ribut hujan apa yang melanda, perhubungan yang manis penuh gula tiba-tiba jadi tawar bermula penghujung bulan Januari 2017. Kami jadi bingung dan terpinga-pinga, apa sudah jadi. Sedangkan pada Meletop 17 Januari 2017 Fattah telah dengan berani meluah rasa hati dengan lagu dan puisi secara live di tontonan TV yang disaksikan semua. Wajah senyum Fattah penuh cinta, sumpah kami nampak dan rasakannya! Seminggu kemudian, dua pasangan bercinta ini kembali membaja kasih di hadapan peminat pada Meet and Greet NONA pada 23 Januari 2017. Fattah kelihatan sangat gembira, dan Neelofa juga tak boleh menyorok rasa bahagia di riak muka. What could possibly happenned overnight that lead to the sudden change of temperature??

Dan Meet and Greet terakhir Lofattah pada 4 Februari 2017 telah mengesahkan tekaan dan telahan kami selama ini. Neelofa mengaku dengan mulutnya sendiri, “We were together since the first week of SHMP”. Diluah dan mengaku kerana ingin membetulkan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa mereka berdua membohongi peminat untuk rating drama lakonan. Bahasa tubuh mereka waktu itu jujur, perasaan cinta yang dirasa juga betul, mereka tidak menipu dan berbohong pada peminat. Terbuktilah sebab dan musabab kenapa feel sangat sepanjang menonton, kerana pemeran watak bukan berlakon, tapi betul2! Neelofa juga menambah, bermula Disember 2016, sebelum menunaikan umrah, mereka berdua mahu ruang untuk menentukan hala tuju perhubungan mereka. Ini ayat dia, saya masih ingat dengan jelas keluar dari mulut dia.

Yang memelikkan dan mengundang curiga serta sangsi kami, if they decided since December 2016, before umrah according to her, what was all that that occurred on the 17th of Jan and 23rd of Jan 2017? The time when Fattah bare open his heart on a national TV. The love shown so sincere on his face during meet and greet Nona? Perlakuan Fattah semasa dua tarikh itu, tidak seperti orang yang putus cinta atau ‘sedang mencari hala tuju’ dalam perhubungan. What exactly has happened that wiped off the smile on his face during the last Meet and Greet 4 Feb? Untuk peminat lofattah tegar seperti saya, yang mengikuti perkembangan dan setiap inci pergerakan mereka akan faham maksud saya. Fattah orang yang jujur dengan perasaan dan perkataannya. Perubahan wajah Fattah sangat ketara pada 4 Feb itu, something has occurred, and he seemed hurt and ..different. Nak tahu apa yang lainnya? Buka sahaja Youtube tengok meet and greet Nona 23/1 dan meet and greet 4/2. You will see the difference yourself.

Perlahan-lahan satu persatu kisah digali dan dibuka, hasil geledahan dan pencarian peminat2 yang tidak berpuas hati dengan perubahan tiba-tiba ini. Something wasn’t right somewhere, and somehow pencarian ini membuatkan sebahagian peminat mula sedar dan curiga dengan kejujuran satu pihak dalam perhubungan mereka berdua selama ini. Pihak yang mana, saya rasa ramai yang tahu jawapannya. Jawapan yang diberi sering tidak seiiring dengan perbuatan, takpun berubah-ubah dari semasa ke semasa, seolah2 bergantung kpd keadaan. Somehow membuatkan kami rasa, dalam hal ini Fattah tidak diperlakukan seadilnya. Somehow we feel he didn’t know that the lady is also/or already considering another suitor while at the same time seeing him. Because if he did, no man in his right mind would do what he did on the 17th Jan. Our only guess, he was kept in the dark. Until it was told to him.

So there, ..the thing on my mind, all has been spelled out.

Tujuan saya meluahkan pengamatan saya ini, supaya sekelompok peminat #lofattah yang masih tegar agar berhenti dari memaksa/berangan/mengharapkan agar chemistry luar biasa dalam SHMP akan tercipta semudah itu sekiranya mereka digandingkan sekali lagi dalam HSC atau dlm apa-apa kolaborasi dalam masa terdekat ini. Silalah bertimbangrasa dan waras dalam berkata-kata, masakan mahu si lelaki yang baru nak pulih semangatnya untuk kembali menghadap muka bekas kekasih sebulan selepas hubungan terlerai. Saat si lelaki masih merawat luka, yang sebelah pihak sana sudah pun bergembira. Bukti? Oh ada dimana2. Dunia ini tidaklah sekecil mana.

Buat segelintir peminat yang masih belum faham atau tidak mahu faham kerana berangan dan berkhayal lebih manis dari realiti, hentikan usaha merayu/mengharap/memaksa Fattah agar ‘memujuk’ Neelofa kembali kepadanya. Berhentilah menjodohkan mereka. Sehingga ada peminat yang sungguh ‘degil’ dan mahukan Lofattah bersama sehingga berkata, “ Kalau pasangan suami isteri curang sekalipun boleh dimaafkan, ini kan baru bercinta, forgive and forget je-lah” ( Haha. Amboi.). Dan janganlah terus ‘silap faham’ dengan pesanan Fattah #doaygbaik2 #fikirygbaik2 # cakapygbaik2 itu, harus difahami pesanan ini skopnya bukan sekadar menjodohkan orang semata-mata. Maksud Fattah mendoakan kebaikan dalam segala hal kehidupan dan jangan saling memburukkan. Bukan terus membiarkan diri larut dan hanyut dengan anganan agar mereka kembali bersatu. Jodoh, pertemuan Allah aturkan. Kita tidak perlu risau dan saling menyalahkan. Dan kepada Neelofa juga, diharap jangan lagi membuat statement yang mengundang peminat tertanya-tanya dan menaruh harapan, she might not realise what she did, but that’s what happenned. She spoke about the changing of HSC heroine on her IgLive the other day ,and that created chaos when fans bombarded other people instagrams,, hentam,rayu,paksa agar Lofattah disatukan dalam drama. Stop talking about Lofattah, dear Neelofa, the way Fattah has stopped saying anything about it. Sejujurnya, saya sangat teruja, dan saya rasa ramai juga yang look forward untuk melihat gandingan Fattah bersama heroine lain. Lebih fresh dan dapat lari dari bayangan SHMP. Kami percaya dengan siapa pun Fattah berganding, dia akan berjaya membentuk jiwa dan chemistry yang sepatutnya.

Biarkan mereka berdua membangun dan terus maju dalam industry seni dengan jenama nama mereka sendiri. Fattah sebagai ‘Fattah Amin’ dan Neelofa dengan ‘Neelofa’. Hormatilah kehendak Fattah yang sudah menyatakan dengan jelas untuk tidak mahu dikaitkan lagi dengan hal yang baginya sudah lepas ini. Mereka berdua sudah matang, tahu apa yang terbaik buat diri dan masa depan mereka. Sudah2lah menyalahkan Fattah, dengan alasan si lelaki lambat bertindak/tidak berusaha memikat/lebih suka melepak dengan kawan2 lelaki blabla..Sudah. Cukup. Berhenti mengharap. Bangun dari mimpi indah #lofattah dan terimalah hakikat bahawa Fattah dan Neelofa sudah tidak bersama sebagai pasangan kekasih lagi. Kini, mereka berdiri sendiri memacu masa depan mengikut perancangan masing-masing.

Satu perkara yang harus dihormati, Fattah dan Neelofa terus menyokong satu sama lain atas nama rakan dan kawan. Ini sesuatu yang harus dipuji. Biarlah apa jua kebenaran atau sebab yang memutuskan hubungan mereka, mereka tidak mencanang2kan buruk bekas pasangan. Ini satu sikap yang boleh dicontohi oleh artis2 lain juga. Maaflah atas ulasan yg panjang ini, I need to let this out of my system, so that I can move on with ease. Saya akan terus menyokong Fattah dan Neelofa dan mendoakan yang baik2 buat mereka berdua. Terimakasih kerana pernah membahagiakan kami semua, pernah membuat kami sama2 tersenyum dan terkenang saat2 bercinta bersama pasangan hidup kami. Terimakasih atas renungan mata antara kalian berdua yang jujur sehingga turut membuai perasaan kami penonton. Terimakasih Neelofa kerana telah menjadi kawan yang memberi inspirasi dan semangat untuk Fattah agar bingkas dan mengejar impiannya. Terimakasih Fattah kerana telah menunjukkan contoh yg baik kepada peminat dalam menghadapi kehidupan ini, sentiasa sabar dan jujur, tidak memburuk2kan orang dan tidak membalas kutukan dan hinaan dengan bahasa2 yg kasar juga. Orang yang sabar dan jujur pastinya akan beroleh kemenangan, percayalah.

Cukuplah setakat ini. Maaf sekali lagi atas segala salah silap saya yang menulis, ini pandangan peribadi saya selaku bekas #lofattah tegar. Thank you for the memory, Lofattah.

Signing Off,

Used-To-Be Lofattah fan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shiha Zikir Lancar Muzik Video SEPERTI NOVEL CINTA

Afgan Bakal Mengadakan Konsert di Johor April Ini