in

Surat Pemerhatian Berkaitan Peminat Lofattah & Fattzura

Semalam, Budiey ada menerima emel berupa surat yang ditujukan kepada peminat LoFattah. Panjang lebar juga luahan hati beliau. Budiey tak nak komen apa-apa tentang surat yang ditulis oleh seorang insan yang mahu dikenali sebagai ‘Peminat HeroSeorangCinderella’.

Neelofa & Fattah Amin

Assalamualaykum pembaca yang dihormati,

Saya kembali menulis lagi, setelah lama menjadi pemerhati senyap kepada perkembangan Fattah dan Lofa. Saya adalah ex-lofattah, antara yang meminati drama SHMP dan seterusnya berkhayal cinta mereka bersambung ke jinjang pelamin.

Tapi itu dulu, kini saya sudah sedar, alhamdulillah.

Berhajat untuk berkongsi pemerhatian dan perkongsian pendapat bersama beberapa rakan di dalam dan luar social media. Harapnya ada manfaat untuk yang membaca.
Mungkin boleh saya topikkan penulisan ini sebagai, ‘Pemerhatian berkaitan peminat Lofattah’. Harus saya nyatakan juga, pemerhatian ini tidak kepada semua Lofattah fans. Ada yang benar2 ikhlas menyokong kareer Fattah dan Lofa, tanpa melibatkan hal personal kedua mereka.

Brace Yourself, and Read On.

Sekiranya dulu Lofattah fanbase ini besar, tetapi sejak Februari 2017, kumpulan itu telah terbahagi dua. Satu kumpulan yang masih terus ingin membaja angan-angan dan impian pelamin cinta Lofattah, dan sekumpulan lagi yang bangun dari mimpi dan menggelar diri mereka ex-Lofattah. Seperti saya. Kenapa boleh jadi seperti itu, erm, malas pulak nak menghurai panjang. Yang tahu, tahulah.

Ada segelintir peminat Lofattah yang masih ‘degil’ dan mahu terus di alam khayalan mereka. Masih mahu impian pelamin Fattah dan Lofa menjadi nyata. Walaupun Fattah sudah berkali-kali menyatakan sejak Feb 2017 lagi yang hubungan mereka sudah berakhir. Neelofa juga telah menyatakan sendiri, that they WERE together (yang bermakna ‘used to be together’/ pernah bersama), dan masing-masing sudah direkodkan berkata kini bekerja atas dasar professional sebagai rakan satu industry. Apabila diajukan pertanyaan kepada golongan ini kenapa masih berharap, jawapan yang diberi ialah:

1. Kerana mereka percaya FENOMENA Lofattah ini adalah luar biasa, maka tidak boleh disia-siakan.
2. Cinta Lofattah bukan drama, tetapi satu reality.
3. Mereka memang di’takdir’kan bersama kerana chemistry luar biasa, wajah yang hampir serupa etc.
4. Percintaan Lofattah penuh onak duri, jadi seharusnya setelah melalui seribu satu halangan untuk bersatu, cinta akan menang.
5. Kerana mereka berdua adalah TrueLove each other…

.

Errr..

.

Setelah mendengar penghujahan pihak Lofattah seperti di atas, agak2nya reaksi bagaimana harus diberi? Terutama sekali apabila yang berhujah sedemikian adalah golongan dewasa, ada yang umur hampir separuh abad (kalau budak wicet berhujah begini, boleh difahami lagi kenapa). Dan ada juga yang berpendidikan tinggi, sehingga boleh merendah dan menghina orang lain yang menentang fahaman Lofattah mereka ini. Kelompok ini seolah taksub, sesiapa yang tidak sependapat, akan dilabel ‘haters’, ‘lalang’, ‘pembawa negative vibes’. Bagi mereka, positive vibes hanya bermaksud ‘Lofattahtilljannah.’ Sesiapa yang tidak bersetuju dengan pandangan delusi mereka ini, akan ditentang dan dikutuk habis-habisan.

Yang paling melampau sekali, apabila golongan tegar ini menghina/mengutuk/memburuk Fattah dan gandingan barunya dalam HeroSeorangCinderella. Fattah dikatakan lupa diri, tidak sedar diuntung, lupa popularity meningkat kerana Lofa dan SHMP, marahkan Fattah kerana tidak mahu menyulam kembali kasih yang terputus di tengah jalan. Golongan ini mendabik dada, menyatakan bahawa tanpa mereka Fattah tidak akan kemana, mereka mengugut dan mengungkit, bahawa kejayaan Fattah adalah hasil undi dan sokongan mereka. Ada juga yang sehingga sombong berkata tidak halalkan undi yang diberi. Wahh..ingat ni susu ibu ke boleh halal ke tak halalkan..Astaghfirullah.

Setelah melihat kebobrokan pemikiran segelintir golongan lofattah ini, sewajarnya reaksi apa yang boleh diberi?
Soalan pertama yg ingin saya ajukan untuk kelompok Lofattah tegar ini ialah:
“Sejak bila Fattah Amin kepunyaan mereka?”

Saya akan cuba membalas penghujahan mereka ini satu persatu.

1. Fenomena Lofattah:

Untuk yang biasa menonton drama Melayu, pasti akan sudah biasa dengan istilah ‘ship’. Saya sendiri masih teraba2 istilah sebenar ‘ship’ ini, tp lebih kurang bermakna, sokong/suka/ gandingan hero-heroine sesebuah drama. Lofattah bukan gandingan yang pertama kali di’ship’. Pernah ada gandingan ZulAriffin-AydaJebat (ZulAyda) dan Saharul Ridzwan-Mia Ahmad (SRMA) sebelum ini, yang muncul hasil lakonan bersama dalam drama rantaian popular. Tetapi pada masa itu keadaan tidak melampau. Peminat ZulAyda dan SRMA sedar, setakat mana kudrat dan kegilaan mereka dalam meng’ship’ artis yang diminati. Mereka tidak mengutuk artis2 ini apabila artis2 ini memilih untuk bersama dengan yang lain. Kerana peminat ZulAyda dan SRMA sedar dengan jelas bahawa in the end, kehidupan artis ini adalah hak artis itu sendiri. Mereka nak berkahwin/bercinta dengan orang lain, itu hal mereka. Sewajarnya memang begitu.

Mungkin yang menjadikan Lofattah lebih meluas peminatnya, kerana marketing plan yang hebat yang membuatkan lebih ramai tahu tentang drama ini. Tambahan pula, pasangan ini memang benar2 bercinta sewaktu di lokasi penggambaran, membuatkan yang menonton jadi terlajak feel.

Tetapi itu kisah waktu itu. Waktu itu.

Kenapa apabila Fattah sudah tutup buku, dan bergerak maju ke depan, peminat Lofattah tegar jadi marah dan tak izinkan? Kenapa Fattah harus di’boneka’kan demi memenuhi anganan dan ekspektasi mereka? Serious tak faham.

2. Cinta Sejati Lofattah/ Mereka di’takdir’kan bersama/ They are each other’s TrueLove.

Ok, penghujahan ini paling tidak dapat hadam sekali. Sorry.

How do we know that a certain someone is another person’s true love? Adakah penilaian sedemikian diperolehi hanya berdasarkan video 15 minit yang juga merupakan salah satu agenda marketing jualan produk? Sila jangan sempitkan pemikiran, dan jangan tampilkan sisi kurang bijak anda dalam berhujah. Umur berapakah anda? Adakah ini kali pertama anda melihat dunia?

Berhujah untuk ‘fight for love’ seolah-olah golongan ini budak remaja baru belajar bercinta. Yang melihat cinta sebagai segala-galanya. Kalau tak bersama dia, lenyaplah cinta. Tiadalah lagi cinta. Habislah kehidupan kerana mereka memang di’takdir’kan untuk bersama. Buktinya? Chemistry yang luar biasa. Rupa mereka yang saling nak serupa. Mana mungkin mereka tidak berjodoh? Alahaiiiii ….

Apabila cinta dijadikan the only core issue in your decision-making. Hanya cinta yang perlu dititikberatkan, isu penting dalam berdebat mempertahankan sebuah hubungan. Dari kaca mata orang luar. Begitulah.

Trust me, there’s a lot more important matters in life than just love. This is reality, not some fairy-tale life we are living on. Wake up, and stop feeding your mind with unimaginable interpretation of love. Cinta ini sebuah perasaan. Ia tidak kekal. Boleh datang dan pergi. Boleh dipupuk dan dibentuk. Tanyalah orang yang dah bercinta dan berumahtangga, jangan hadap sangat interpretasi dangkal ‘TrueLove’ tu.

Jodoh, rezeki anak, ajal semua di luar pengetahuan dan kuasa kita., Ya, ini hujah mereka juga. Tetapi kenapa harus ada unsur paksaan dalam bab jodoh ini – hanya kerana mahu Fattah kembali berkasih dengan Lofa? Kenapa berkelakuan seolah manusia yang belum empuk akal, dek taksub mahu berpegang pada cinta Lofattah yang entah se’benar’ mana. Fattah sudah dewasa, pengalaman yang pernah dilaluinya akan mematangkan dan mengajar. Kalau dia hendakkan sesuatu, dia sendiri akan berusaha, kalau dia tidak menunjukkan effort ke arah itu, bak kata orang, faham-faham sendirilah. Peminat seharusnya jangan nak lebih sudu dari kuah. Kalau saya jadi Lofa dan Fattah, sungguh malu punya peminat yang taksub sebegini. Sila sedar batas dan had sebagai peminat.

Seperkara yang harus disedari golongan Lofattah, perkahwinan ini bukan sekadar penyatuan dua manusia yang rupa seiras. Tapi perkahwinan melibatkan penyatuan dua keluarga. Faktor sekufu, cara hidup dan penerimaan keluarga kedua-dia pihak adalah penting. Bab ini juga, saya malas nak ulas panjang.

3. Cinta Lofattah adalah reality, bukan drama.

Ok, ada juga yang berkata begini.

Wahai peminat Lofattah, boleh saya bertanya, pernahkah anda bercinta? Mungkin pernahkan. Saya juga pernah satu masa dulu. Bercinta sakan bak kata orang. Indahnya bercinta sehingga saya menjadi seorang yang puitis, boleh mengarang sajak untuk yang dicintai. Tetapi takdir Tuhan menulis sebaliknya. Saya tidak bersama dengan si dia yang mengilhamkan segala sajak dan syair pada masa itu, jodoh saya bersama orang lain. Yang jauh lebih baik buat saya kerana Tuhan memberikan yg terbaik buat hamba-Nya. Adakah saya masih akan terus mengenang bekas kekasih saya? Masih terus menyebut2 nama dan meletakkannya sebagai Orang Terakhir yang akan saya cinta? Of course not.

Inilah reality kehidupan. Bercinta, putus cinta adalah perkara biasa. It’s like breathing. Part and parcel of growing up. That’s how we learn dengan siapa sebenarnya kita sesuai bersama. I believe all of us here pernah melalui fasa itu. Yang peliknya, kenapa bila Fattah dan Lofa putus cinta, peminat Lofattah menggila taknak terima hakikat tu? Kenapa ye? Kenapa nak paksa2 kalau orang dah taknak meneruskan hubungan itu? Dan kenapa nak kutuk2, nak marah2 orang yang nak mulakan kehidupan dan episod baru dengan orang lain, dia dah single sukahati dialah kan? Kenapa nak tuduh2 Fattah playboy pulak, dah dia single hak dialah nak berkawan dengan siapa pun. (oh btw, get your facts right ok, ‘player’ ni orang yang dalam perhubungan istimewa dengan seseorang, tetapi dalam masa yang sama seeing another person. Juga termasuk ‘player’ ialah orang yang mengaku single tetapi sebenarnya bukan, ckp single hanya utk cover line). Dah kenapa Lofattah fans ni sejenis tak boleh terima hakikat perpisahan Lofattah ini, Fattah tu adik korang ke? Sendiri jawablah.

Yang menyedihkan, segelintir peminat Lofattah menarik Fazura in the picture. Segala caci maki, tuduhan, hinaan kepada seorang yang tidak berkaitan, just because she’s showing great chemistry on-and-offscreen with Fattah. Ada sesetengah mereka menghantar DM video dan gambar2 lama Fazura, kepada admin ig yang menyokong Fattah. Tujuan berbuat demikian? Jawablah esok di hadapan Tuhan. Untuk golongan Lofattah yang membenci dan mengutuk Fazura, sudah2lah membaja dosa. Semakin kuat kalian menghina Fazura dan Fattah, semakin tinggi rasa sayang dan minat orang padanya.

Sebelum saya akhiri, saya ingin menjelaskan di sini. Tujuan penulisan ini dibuat adalah luahan pemerhati yang merasakan peminat Lofattah ini sudah agak melampaui batas. Sedarlah, semua ini hal duniawi sahaja. Kenapa begitu sekali menabur benci, gaya bercakap seolah-olah takkan mati. Sehingga menghina aurat orang, umur orang, mengurut dada saya yang membaca komen. Lupa barangkali mereka ini, bahwa takdir dan masa depan kita semua Allah yang memegangnya. Orang yang nampak kurang baik di mata kita, mana kita tahu kesudahan bagaimana yang Allah janjikan untuk dia. Kita rasa kita dah baik, pakai tudung, tutup aurat, tetapi mulut rancak menghina dan tangan laju mengutuk, sebenarnya kita ni baik ke?

Sokonglah drama lakonan mereka, itu karier dan punca pendapatan mereka. Sokonglah artis pujaan masing2 dengan cara yang sihat dan rasional, bukan emosional dan seperti cetek akal. Dan sudah2lah berzikir #lofattahtilljannah, berilah peluang Fattah dan Lofa mencari pasangan yang sesuai dan sekufu buat mereka dengan aman, tanpa tekanan dan paksaan daripada orang luar yang tidak berkaitan.

Belajar daripada pengalaman Lofattah yg lalu, saya kini lebih lapang hati dan enjoy tengok drama. Sokong dengan siapa sahaja hero digandingkan. Hashtag #FattZura untuk #heroseorangcinderella ini sebagai tanda sokongan buat chemistry manis antara Fazura dan Fattah. Jangan risau, kami tidak akan menggila atau meroyan kalau mereka hanya kawan dalam industry, kerana kami sedar batas kami. Kemanisan dan keserasian #Fattzura ini kami nikmati sekadarnya, dan usik-mengusik perkara biasa kerana kedua2 nya single dan manis bersama. Yg penting, kami seronok melihat persahabatan antara keduanya, dan semoga mereka kekal akrab dan berjaya dalam industry, kalau takdir menulis yang lebih indah lagi buat mereka, #roadtopekan lah jawabnya! =D

That’all , sorry for the long post, maaf kalau ada yang terguris atau terasa. Saya juga dulu Lofattah, tetapi dah sedar. Kalau saya boleh, pastinya anda boleh juga. Raikan perbezaan minat dengan cara hormat, jangan sampai mengutuk dan menghina. Selamat menghidupkan Ramadhan semua. Semoga kita menjadi manusia yang lebih baik hasil tarbiyah di bulan mulia ini.

Yang Ikhlas,

Peminat HeroSeorangCinderella

Majlis Kesyukuran Fattah Amin & Nur Fazura

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Jom Masjid di Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang

Dato’ Siti Nurhaliza Penuhi Impian Jadi Wirawati dalam Muzik Video SEGALA PERASAAN