Peluang bertemu Bunga Citra Lestari dan Aura Kasih di Kuala Lumpur
Dua pelakon ternama Indonesia, Bunga Citra Lestari & Aura Kasih bakal berada di Kuala Lumpur untuk promosi filem terbaru mereka SURAT KECIL UNTUK TUHAN. Pelbagai pelan promosi sudah dijadualkan semasa mereka berada di sini.
Para peminat pelakon Bunga Citra Lestari & Aura Kasih berpeluang mendekati pelakon idola mereka di tayangan istimewa yang telah mula dijual. Mereka akan berada di tayangan filem ini di GSC Mid Valley pada hari Rabu, 26 Julai pukul 9 malam dan di TGV Wangsa Walk pada hari Khamis, 27 Julai, 9 malam. Dapatkan tiket anda sementara masih ada.
Filem Surat Kecil Untuk Tuhan mengisahkan tentang dua beradik jalanan Anton dan Angel yang terpisah. 15 tahun kemudian Angel yang sudah menetap di Australia kembali semula ke Indonesia untuk mencari abangnya Anton.
Tayangan umum filem ini akan bermula pada 3 Ogos di pawagam yang terpilih.