in , ,

Supersunday Buktikan Masih Berbisa di KLFW2023 Dengan Koleksi “The Runway” Ilham Raffiq Corbin

Pada 27 Ogos 2023 (Ahad) bertempat di Hotel InterContinental Kuala Lumpur, salah satu nama besar di dalam dunia fesyen jalanan atau streetwear di Malaysia, SUPERSUNDAY, telah mempersembahkan sebuah pertunjukan fesyen dengan koleksi 27 persalinan yang dinamakan The Runway.

Ia diadakan di bawah anjuran Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW23) di mana SUPERSUNDAY juga telah mengambil kesempatan tersebut untuk memperkenalkan Pengarah Kreatif Bersama yang baru sahaja dilantik, Raffiq Corbin,

Dia telah diberikan tanggungjawab kreatif penuh untuk menggalas amanah sebagai Pengarah Kreatif Bersama dari Pengasas sertya Pengarah Kreatif jenama SUPERSUNDAY, Zulkifli Salleh atau lebih dikenali sebagai Bob, untuk mengilhamkan serta menghasilkan koleksi tersebut. 

Supersunday Buktikan Masih Berbisa di KLFW2023 Dengan Koleksi The Runway

Berusia 28 tahun dan berasal dari Taman Melati, KL, Raffiq telah bekerja dengan SUPERSUNDAY sejak Mac 2020. Dibesarkan di bandar raya Kuala Lumpur, dia amat meminati gaya fesyen jalanan dan juga merupakan seorang rapper dan penari hip hop yang amat mengambil berat tentang perkembangan industri fesyen di Malaysia serta di luar negara. Koleksi The Runway adalah bukti minatnya terhadap budaya seni jalanan dan komuniti kreatif dengan idea-idea yang menginspirasikan pelbagai bentuk perubahan dalam industri fesyen dunia.

“Pada pendapat saya, fesyen yang tidak dapat mengisi kehendak umum di jalanan terutamanya, mungkin tidak dapat memberikan emosi yang sepatutnya. Cara kita berpakaian merupakan satu cara berhubung dan berkomunikasi. Setiap kali kami lihat sesiapa saja menyarung helaian SUPERSUNDAY di jalanan bukan sahaja di Malaysia malah di negara lain juga, mengasimilasikan gaya mereka dengan kehidupan harian, ia begitu membanggakan” kata Raffiq.

Koleksi The Runway mengambil masa Tiga (3) bulan untuk disiapkan. Sepertimana biasa, koleksi ini menyaksikan kolaborasi di antara SUPERSUNDAY bersama Dua (2) jenama lain yang juga mempunyai kelompok peminat yang besar iaitu platform e-sports MPL/Mobile Legends dan jenama pakaian lelaki atau menswear tempatan, Meg KL. Walaupun Rafiq diberikan tugas utama dalam penghasilan koleksi kali ini, Bob sering memberikan nasihat dan berkongsi tip-tip penting dari pengalamannya sejak terlibat dalam industri fesyen negara demi memastikan koleksi ini dapat disiapkan bagi tujuan KLFW.

Supersunday Buktikan Masih Berbisa di KLFW2023 Dengan Koleksi The Runway

Menurut Bob, “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Raffiq atas lantikan sebagai Pengarah Kreatif Bersama bagi koleksi SUPERSUNDAY kali ini dan juga seterusnya, InsyaAllah. Sebagai peminat tegar jenama ini, Raffiq bukan sahaja pekerja yang amat mengambil berat tentang reputasi jenama malah bertindak sebagai jurucakap bagi kami di situasi ketiadaan saya. Walaupun masih muda, dia mempunyai pelbagai idea dan berpengetahuan luas tentang dunia fesyen, bukan sahaja fesyen jalanan. Hubungan rapat Rafiq dengan komuniti muzik hip hop dan cabang seni lain juga menjadikan dia sebagai calon akurat untuk memegang tanggungjawab besar ini. Melihat kepada pertunjukan The Runway sebentar tadi dan sambutan yang diterima, saya rasa pilihan yang dibuat SUPERSUNDAY tepat sekali”.

Supersunday Buktikan Masih Berbisa di KLFW2023 Dengan Koleksi The Runway

Bercerita tentang koleksi The Runway, Raffiq menjelaskan, “Saya bereksperimen dengan elemen rekaan yang baru bagi SUPERSUNDAY seterusnya mencabar norma-norma fesyen jalanan yang seringkali dilihat. Terdapat persalinan yang lebih ‘fitted’ dan memberikan pemakai kebebasan untuk menggayakan persalinan mereka dari kasual ke situasi lebih formal. Dari segi warna serta inovasi produk juga terdapat beberapa kelainan seperti penggunaan aksesori pertahanan diri yang sering dilihat dalam sukan seni martial. Saya ingin memberikan ruang kepada audiens kami untuk lebih berinspirasi dengan koleksi ini”.

“Saya juga ingin mengumumkan bahawa koleksi ini sudah boleh dibeli bertepatan dengan konsep ‘dari pentas peragaan terus ke jalanan’. Selain itu, sebagai salah satu strategi pemasaran jenama, kami sedang dalam proses meningkatkan lagi pengaruh jenama di platforn digital samada mainstream ataupun alternatif. Ini amat penting untuk memastikan agar SUPERSUNDAY kekal relevan dan terus menghasilkan koleksi-koleksi hebat di masa akan datang”, kata Raffiq mengakhiri bicara. 

Supersunday Buktikan Masih Berbisa di KLFW2023 Dengan Koleksi The Runway

Ikuti perkembangan terbaru SUPERSUNDAY melalui platform media sosial di bawah: 

Facebook – SUPER SUNDAY STORE

Instagram – @supersundaystore.os

Twitter – SUPER SUNDAY STORE

Tik Tok – @supersundaystore.os

YouTube – supersunday

Hashtags/Tandapagar – #supersunday #supersundaystore #supersundaybloodline

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

IMRAN AQIL

Video Nikah Imran Aqil & Dahlia, Sekali Lafaz, Lokasi Indah Suasana Meriah

RADJA

Live In Concert : Radja & Special Appearance Ella (Jujur Takkan Melupakanmu)