Halima mengejutkan dunia fesyen beberapa hari lepas kerana tindakannya meninggalkan dunia glamor itu semata-semata kerana agamanya.
Sering Tinggalkan Solat
Menganggap dunia modelling menuntutnya untuk berkompromi dengan ajaran agama Islam termasuklah menjadi penyebab utama Halima sering meninggalkan solat lima waktu dek kesibukan sesi fotografi dan sebagainya.
Malah, dunia fesyen juga menggalakkan beliau untuk menggayakan pelbagai gaya hijab yang tidak sesuai dengan ketetapan syarak. Sehinggalah, Halima pernah merasakan dirinya semakin ‘jauh’ daripada agama Islam.
Itu antara pesan seorang ibu kepada anaknya di atas kejayaan yang dimiliki.
Namun, bagi Halima ketika berkongsi sesi temu bual bersama wartawan Al-Jazeera yang dimuat naik menerusi instagramnya berkata, ibunya merupakan pendorong terkuat kepada perubahan ini.
Terima komen positif dari seluruh dunia
Keputusan Halima meninggalkan dunia peragaan ini bagaimanapun disambut baik oleh semua peminat dan rakan-rakan beliau dari seluruh dunia.
Malah, pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa juga turut berkongsi berita gembira ini menerusi muat naik di akaun instagram miliknya pada Khamis.
Malah, pendirian beliau ini disambut baik oleh penyanyi popular antarabangsa, Rihanna yang membenarkan Halima mengenakan hijab sesuai dengan tuntutan agama Islam sewaktu terlibat dalam sesi fotografi alat kosmetik terkenal, Rihanna Fenty Beauty.
Terdahulu, Halima turut meletakkan syarat bahawa hijab yang dipakai adalah sesuatu yang tidak boleh dirundingkan semasa menandatangani kontrak bersama agensi model terkenal, IMG.