Selain filem ADA APA DENGAN CINTA 2, ada satu lagi filem yang dipertaruhkan pada minggu ini di pawagam iaitu filem CAPTAIN AMERICA: CIVIL WAR akan mula ditayangkan pada hari ini. Budiey rasa semalam ada yang dah menonton filem aksi yang dinantikan ramai peminat ini di pawagam, betul?
Kebanyakan ramai yang suka dengan filem ini kerana ramai sekali karakter superhero terdapat dalam filem ini. Secara keseluruhannya, filem ini membawa penonton menyaksikan perbalahan antara pasukan Captain Amerika dan pasukan Iron Man.
Inilah Sebab Superhero Berperang dalam CAPTAIN AMERICA: CIVIL WAR
[dropcap]R[/dropcap]amai yang sudah atau belum tahu apakah punca konflik ini berlaku hingga menyebabkan kerajaan dunia mengeluarkan akta untuk superhero-superhero kesayangan kita semua. CAPTAIN AMERICA: CIVIL WAR dilakonkan oleh Steve Rogers (Captain America) , Robert Downey Jr. sebagai Tony Stark (Iron Man), Scarlet Johansson sebagai Natasha Romanoff (Black Widow), Sebastian Stan sebagai Bucky Barnes (Winter Soldier), Anthony Mackie sebagai Sam Wilson (Falcon), Paul Bettany sebagai The Vision, Jeremy Renner sebagai Clint Barton (Hawkeye) , Don Cheadle sebagai Jim Rhodes (War Machine), Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff (Scarlet Witch) dan Tom Holland sebagai Peter Parker (Spider-Man).
Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas, saluran berita WHIH World News telah melaporkan impak yang diterima oleh mereka yang terbabit kepada masyarakat global. Sila tonton video di atas ya.
[pullquote align=”right”]Laporan khas WHIH NewsFront yang diberi nama “The World the Hero Leaves Behind,” memaparkan lakonan Leslie Bibb sebagai Christine Everhart yakni wartawan sama yang pernah muncul dalam Iron Man dan Iron Man 2 bersama Al Madrigal sebagai jurucakap politik, Will Adams.[/pullquote]
Kedua-duanya membicarakan sebab dan akibat daripada tindak-tanduk Avengers sebelum ini dan adakah sudah sampai masanya mereka perlu bertanggungjawab dan menjawab kepada pihak-pihak yang lebih berkuasa dalam urusan keamanan antarabangsa.
Babak-babak dramatik serta tragis dalam filem Captain America: The Winter Soldier dan Avengers: Age of Ultron dipertontonkan di sini demi perspektif lebih luas kepada para penonton.
Filem “Captain America: Civil War” menceritakan lanjutan dari Avengers: Age of Ultron, di mana Steve Rogers (Kapten Amerika) mengambil alih memimpin pasukan baru Avengers, dan dari situ dia berusaha untuk terus menjaga manusia sejagat dengan pertolongan kerjasama dari Pasukan Avengers.
Selang beberapa waktu setelah insiden internasional yang melibatkan pasukan Avengers dan menyebabkan banyak sekali kehancuran, banyak sekali tekanan politik yang menuntut super hero memasang sistem pertanggung jawaban dan badan yang menentukan saatnya pasukan diperlukan.
Dengan setatus tersebut mungkin akan memberikan kesulitan Avengers yang tengah berusaha untuk melindungi dunia, dan menciptakan dunia menjadi damai.
Dari sudut lain Tony Stark (Iron Man) akan melawan keputusan yang diambil oleh Steve Rogers atau Captain America (Chris Evans). Perlawanan tersebut disebabkan adanya permusuhan dan Undang-Undang yang diberikan kepada Superhero untuk orang yang mempunyai kemampuan supaya mendedahkan identiti mereka kepada pemerintah AS.
Itulah sebab dan punca kenapa mereka berdua berselisih faham, ini kerana Stark mengepalai program dari pemerintah ini, sedangkan Rogers tidak mensetujui dengan keputusan Stark kerana ini mengancam kebebasan super hero tersebut.
Captain America: Civil War berada di pawagam pada hari ini, 28 April, 2016.