Pengasasnya, Hayfa Amira Ahmad Kamal,35, berkata seramai 200 orang anak yatim diraikan atas rasa keprihatinan Dan mahu berkongsi rezeki.
“Supercube sebagai satu platform beri peluang untuk orang ramai menjadi usahawan, bukan sahaja mendidik cara perniagaan tapi ingin juga menunjukkan jalan cara-cara yang boleh kita berkongsi kembali kepada masyarakat.
“Kiranya kali ini mereka berkongsi rezeki bersama golongan yang memerlukan. Jadi, kami anjurkan majlis ini untuk memberi peluang kepada usahawan-usahawan Supercube memberi semula kepada masyarakat dengan menaja majlis iftar dan memberi duit raya.
“Ini memang idea Supercube sendiri untuk anjurkan majlis ini. Memang menjadi kebiasaan, kalau kami buat acara penglibatan leader dan ejen kami tak lupa untuk sama-sama berkongsi rezeki.
“Apa yang saya puji, mereka berpakat sesama sendiri untuk penajaan ini. Boleh dikatakan lebih RM10,000 tajaan iftar dan duit raya yang diberikan untuk majlis ini,”
– Hayfa Amira Ahmad Kamal
Hayfa Amira berkata demikian pada Majlis Tajaan Iftar Anak Yatim dan Asnaf Bersama Supercube di Grand Oasis Hall, Sri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.
Manakala Ketua Pegawai Eksekutif Supercube, Aizuddin Alif Yusof, majlis ini juga diadakan setelah dua kali Ramadan masyarakat berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik COVID-19.
“Program berbuka puasa bersama golongan asnaf dan anak-anak yatim ini juling kali kami adakan bersama para ejen Supercube.
“Kami sangat beruntung mempunyai ejen-ejen yang prihatin. Kita pun dah dua tahun hilang suasana macam ni. Jadi, kesempatan yang ada ini kami nak bahagiakan asnaf dan anak-anak yatim,”
– Aizuddin Alif Yusof
Dalam pada itu, Hafya juga menjelaskan bahawa tujuan majlis inj juga adalah untuk memperkenalkan lagi produk Supercube ini kepada masyarakat terutamanya mereka yang ingin menjana pendapatan.
Supercube yang mempunyai lebih 26000 ejen ini berkonsepkan perniagaan yang dijalankan tanpa modal.
“Alhamdulillah… Tahun ini kami sasar untuk mencari lebih 20000 usahawan lagi. Dalam setahun lebih ini, produk Supercube ini sudah terbukti keberkesanannya dan disebabkan itu kami boleh membangun dengan pantas.
“Jadi kita perlukan ejen yang lebih ramai untuk berkongsi manfaat ini. Malaysia ni besar termasuk di luar bandar, masih banyak ruang untuk kita sebarkan manfaatnya.
“Apa yang istimewa, bersama Supercube adalah berniaga tanpa modal. Semua tanpa modal tapi ada tahap-tahapnya. Ia mengikut kemampuan Jualan kita.
“Setakat ini kami sudah lahirkan 15 jutawan. Sehingga sekarang pun mereka berniaga tanpa modal. Ada yang sepenuh masa dan separuh masa.
“Kami punya cara, ejen tak perlu pegang stok. Jadi orang yang bekerja tak ada masalah untuk berniaga.
“Ini kerana, sistem kami ringkas sahaja, Asalkan ada telefon dan boleh hantar order. Hal-hal berkaitan penghantaran kami uruskan,”.
– Aizuddin Alif Yusof
Selain mempunyai tujuh jenis produk, Hayfa juga sentiasa memperkenalkan produk baharu agar masyarakat berpeluang menjana pendapatan.
“Apabila nak bagi peluang orang berniaga, kita kena ada banyak variasi produk kerana tak semua orang boleh jual satu-satu produk. Ini bergantung kepada siapa kawan-kawan atau orang di sekelilingnya.
“Ada orang lebih senang jual air. Mungkin ada yang sekeliling mereka lebih suka produk jenis makanan.
“Apa-apa pun kami tak boleh nak keluarkan produk sesuka hati saja. Sudah tentu kami akan jalankan research and development (R&D) kerana mahukan kualiti.
“Bila produk berkualiti dan berkesan, barulah ramai repeat order. Ejen pun happy. Tak adalah rasa penat nak cari pelanggan baharu saja,”
– Hayfa Amira Ahmad Kamal
Supercube juga masih menunjukkan prestasi yang baik meskipun negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama hampir dua tahun disebabkan pandemik COVID-19.
“Produk Supercube dilancarkan pada Disember 2020. Sebenarnya setahun sebelum itu saya dah jual secara kecil-kecilan.
“Apabila ada permintaan ramai, saja buat packaging yang lebih cantik. Selepas itu, sistem yang kami gunakan pun lebih proper.
“Mengikut data, hasil jualan adalah hampir RM 2,000,000 untuk sebulan.
“Sebenarnya target kami adalah RM4,000,000 sebulan di mana kami berjaya capai nilai ini pada tahun 2021.
– Hayfa Amira Ahmad Kamal
“Cuma tak dapat kekalkan momentum kerana cabaran kilang tak dapat penuhi permintaan di kala pandemik COVID-19. Kini insya-Allah keadaan sudah kembali normal, kami bersedia dan mampu untuk pergi lebih jauh.
“Mengikut data tahun 2021 juga, jualan kami adalah RM 20.5 juta setahun. 60 peratus daripada Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Kami harap masyarakat di luar dua lokasi ini tidak melepaskan peluang yang bermanfaat ini,”
– Hayfa Amira Ahmad Kamal
Antara produk yang dikeluarkan oleh Supercube adalah Supercube Molasses Drink, Soothe Mist, Superbytes dan banyak lagi.