Pelan pascabayar Celcom FIRSTâ„¢ kini memperkenalkan satu lagi pengalaman penstriman video yang begitu luar biasa dengan perkhidmatan nilai tambahan terbaharunya – Super VideoWallaâ„¢, yang menawarkan PERCUMA sehingga 100GB VideoWallaâ„¢! Celcom terus memberikan keutamaan untuk menyediakan pengalaman terbaik kepada pengguna melalui pengalaman video yang lebih mewah.
Lupakan Kebosanan! Tonton Video Kegemaran Anda Sepuasnya Dengan SUPER VIDEOWALLAâ„¢!
Pelan ini begitu sempurna bagi para pengguna yang menggemari menyukai pengstriman video tanpa henti serta sesuai untuk peminat siri televisyen yang sanggup bersengkang mata untuk menonton sebanyak mana episod yang mereka suka. Pastinya ia lebih luarbiasa kerana mereka akan dapat menikmati penstriman video dengan tenang selama berjam-jam.
Ia hanya ditawarkan dalam tempoh yang terhad bagi pengguna yang mendaftar dengan pelan FIRSTâ„¢ Gold pada harga RM80 (20GB) atau FIRSTâ„¢ Gold Plus pada harga RM98 (40GB), di mana mereka masing-masing secara automatik akan dapat menikmati PERCUMA 30GB Video Wallaâ„¢ dan PERCUMA 100GB Video Wallaâ„¢ selama 12 bulan.
Bagi para pengguna FIRSTâ„¢ Gold dan FIRSTâ„¢ Gold Plus sedia ada, termasuk para pengguna FIRSTâ„¢ Gold Supreme dan FIRSTâ„¢ Platinum, mereka juga boleh menikmati pengalaman hebat ini dengan menggunakan Aplikasi MyCelcom Postpaid untuk melanggani Super VideoWallaâ„¢. Manakala, para pengguna sedia ada yang tidak melanggani mana-mana pelan tersebut boleh menaiktaraf pelan mereka dan memilih untuk menikmati sehingga 100GB Video Walla setiap bulan tanpa sebarang kos tambahan!
Super VideoWallaâ„¢ menawarkan kuota yang boleh digunakan di laman web dan aplikasi daripada penyedia perkhidmatan video seperti YouTube, iflix, Netflix, Tonton, Astro GO, dimsum, HeroTalkies, MOX Digital, Metro TV dan DailyMotion. Super VideoWallaâ„¢ boleh dilanggani dengan harga RM50 dan menawarkan 100GB (dengan nilai RM600 untuk 12 bulan) atau harga RM30 yang menawarkan 30GB (dengan nilai RM 360 untuk 12 bulan) VideoWallaâ„¢.
Zalman Aefendy Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pemasaran, Celcom Axiata Berhad berkata Celcom berbesar hati untuk menawarkan perkhidmatan tambahan Super VideoWallaâ„¢ yang terbaru ini bagi memberikan pengalaman penstriman video yang terbaik.
“Tawaran perkhidmatan tambahan yang hebat ini pastinya tiada tandingan seumpamanya, kerana para pengguna kami akan memperolehi kuota hebat sehingga 100GB apabila mereka melanggani tambahan baharu Super VideoWalla™. Dengan begitu banyak kuota bagi penstriman video serta disokong oleh rangkaian Lightning Fast LTE Celcom, para pengguna tidak perlu tercari-cari lagi perkhidmatan lain untuk memenuhi keperluan penstriman video mereka,†katanya.
Pelan-pelan Celcom FIRSTâ„¢ boleh dilanggani melalui mana-mana cawangan Blue Cube dan Celcom Certified Partners. Untuk maklumat lanjut, layari www.celcom.com.my.