Sempena Tahun Baharu Cina ini, Sunway Pyramid kembali ke tunjang sambutan perayaan Cina, iaitu simbol tuah 福 (Fú) dan keluarga 家(Jiā) dengan tema akhir tahunnya, iaitu ‘#100 Blessings’.
Menjelang ketibaan tahun harimau, Sunway Pyramid mendoakan golongan yang meraikan musim perayaan ini berpeluang untuk menerima tandangan 福 (Fú) di kediaman mereka. Mulai hari ini sehingga 13 Februari, tanglung dan struktur Cina tradisional bakal menghiasi LG2 Blue Concourse dalam rona merah terang – iaitu warna kemakmuran – berserta dengan karakter 福 (Fú) yang dipamerkan pada struktur utama. Para pekedai yang mengambil bahagian seperti Kiehl’s, Oppo, Oriental Noble & Flower Market by Fleurs hadir dengan aneka tawaran perayaan di booth masing-masing, jadi pembeli-belah boleh dapatkan barangan keperluan mereka di satu lokasi.
Untuk memastikan keselamatan para pengunjung, Sunway Pyramid memanfaatkan elemen digital bagi sambutan kali ini menerusi pengalaman dari dalam ke luar talian. Pembeli-belah boleh mengimbas kod QR khas untuk menyesuaikan ucapan Tahun Baharu Cina mereka yang boleh dikongsikan dengan ahli keluarga dan insan tersayang. Disebabkan situasi semasa menyukarkan para keluarga untuk berhimpun bersama secara fizikal, ucapan khas ini merupakan kaedah yang efektif lagi bermakna bagi pembeli-belah untuk kekal terhubung sempena musim perayaan ini.
Selain berkongsi bersama keriangan sambutan Tahun Baharu Cina, pembeli-belah yang menyampaikan ucapan perayaan mereka serta individu yang menerima ucapan tersebut akan dihadiahkan dengan kod QR yang boleh digunakan untuk menebus e-baucar daripada pekedai-pekedai yang mengambil bahagian seperti Laneige, Sulwhasoo, Tomei, Wagyu More, Cars International, Genki Sushi, Getha, Hotpot Kitchen, Nanyang Cafe dan lain-lain!
Sebagai ganjaran untuk pembeli-belah yang membuat perbelanjaan di Sunway Pyramid sepanjang kempen ini, mereka yang membelanjakan minimum RM250 dalam dua resit dapat menebus set ang pau ‘Wonder-Fu’. Pembeli-belah yang membelanjakan RM1,000 dan ke atas dalam tiga resit boleh menebus kusyen ‘Year of Tigger’ oleh Disney. Pembeli-belah yang ingin membuat penebusan ini digalakkan untuk melakukannya melalui aplikasi Sunway Pyramid dengan mendaftarkan diri sebagai ahli sebelum mengunjungi booth penebusan yang terletak di LG2 Blue Concourse. Malah banyak lagi sumber keriangan yang menanti anda di LG2 Orange Concourse sempena perayaan Tahun Harimau mulai hari ini hingga 20 Februari.
Sunway Pyramid juga sedang berusaha untuk memastikan tiada sesiapa yang dikecualikan daripada sambutan perayaan ini menerusi usaha CSR yang istimewa bersama Subang Jaya Beacon Community Ambulance. Pembeli-belah yang menyumbang minimum RM10 akan menerima ganjaran sebagai tanda penghargaan. Sumbangan yang terkumpul akan disalurkan kepada perkhidmatan ambulans komuniti ini, yang memerah keringat mereka untuk menawarkan bantuan perubatan kecemasan.
Jason Chin, Pengurus Besar Sunway Pyramid berkata, “Perayaan Tahun Baharu Cina merupakan tonggak yang menghubungkan komuniti Cina dengan asal usul mereka. Kami merasakan tahun ini merupakan waktu yang tepat untuk kembali ke akar umbi perayaan ini, yakni untuk berkongsi semangat keriangan dan kemakmuran bersama ahli keluarga. Peluang untuk kita berhimpun bersama keluarga dan insan tersayang pada detik ini adalah amat berharga, jadi kita harus mengutuhkan lagi perpaduan sesama kita menggunakan peluang tersebut.”
“Suasana perayaan pusat beli-belah ini mencerminkan kebahagiaan dan kerahmatan yang kami doakan buat para pembeli-belah kami. Kami dari keluarga Sunway Pyramid ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai,” simpul Jason.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Tahun Baharu Cina ‘#100 Blessings’ oleh Sunway Pyramid, sila layari www.sunwaypyramid.com/together-for-good-cny.