Sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari PBB – Sunway Pyramid, Sunway Real Estate Investment Trust (REIT) dan Sunway Resort Hotel & Spa, bersertakan sokongan yang diunjurkan oleh Jabatan Pembangunan Lestari Sunway Group, jalinan usaha sama dibuat untuk menangani isu sisa makanan di Malaysia menerusi kempen, ‘Food CPR – COMPOST. PLANT. REDUCE’.
Sunway City mula mengurangkan sisa makanannya dengan bantuan mesin pengomposan oleh MAEKO, sebuah produk buatan Malaysia yang bakal diketengahkan di UN Solutions Summit di New York pada minggu hadapan.
Kempen Food CPR ini bermatlamat untuk mendidik pembeli-belah mengenai kesan pembaziran makanan ke atas alam sekitar. Bagainamana anda boleh lakukan perubahan? Amalkan panduan berikut:
- Berbelanja dengan lebih bijak dan kurangkan pembaziran dengan hanya membeli apa yang anda perlukan
- Simpan baki makanan untuk dimakan kemudian
- Pantau sisa buangan anda
- Gunakan kompos untuk bercucuk tanam
Sebuah acara bertemakan kempen tersebut akan dianjurkan bermula hari ini sehingga 6 Oktober 2019 di LG2 Central Avenue. Pembeli-belah berpeluang untuk menyertai bengkel cucuk tanam yang meliputi penanaman benih dan perhiasan pasu bunga.
Peserta juga boleh mendapatkan kompos yang disediakan melalui dispenser untuk tujuan penanaman. Di samping itu, para pembeli-belah boleh menebus pelbagai jenis benih tanaman dengan hanya memuat turun Aplikasi Mudah Alih Sunway Pyramid.
Kempen tersebut telah dirasmikan oleh YB Michelle Ng Mei Sze, ADUN Subang Jaya bersama Dato’ Jeffrey Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Sunway REIT, En. HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Membeli Belah & Taman Tema Sunway, En. Kevin Tan, Ketua Pegawai Operasi Pusat Membeli Belah Sunway dan En. Andre Scholl, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Hotels & Resorts.
Kajian menunjukkan bahawa lebih daripada 16,000 tan sisa makanan disumbang oleh warga Malaysia setiap hari, dan jumlah ini mampu menyuap makanan kepada 12 juta orang untuk tiga kali sehari. Angka ini terus mencatat jumlah yang merisaukan ketika musim perayaan dengan kadar peningkatan sebanyak 15 hingga 20 peratus.[1]
Langkah berkenaan telah mencetuskan usaha pengurangan sisa makanan di Sunway City. Sehingga ke hari ini, kempen Food CPR telah mengumpulkan 35 rakan kerjasama bagi inisiatif ini. Pada masa yang akan datang, Sunway berharap entiti-entiti yang lain akan turut berganding bahu untuk mengurangkan sisa makanan mereka.
Secara berasingan, mesin pengomposan milik Sunway Resort Hotel & Spa memproses sisa makanan melalui tiga (3) kluster hotelnya yang terletak di Sunway City. Sejak Julai 2019, sejumlah 5.9 tan sisa makanan telah ditukar kepada kompos; menjelang penghujung tahun 2019, hotel tersebut menjangkakan untuk mengompos 20 tan sisa makanan yang dikumpul dari dapurnya. Buat masa ini, hasil kompos hotel-hotel ini digunakan untuk membajakan landskap Sunway City, sementara pelan lanjutan yang dirangka untuk tujuan distribusi dan aplikasi akan dilancarkan pada tahun 2020.
“Sunway Group komited untuk menunjangi Matlamat Pembangunan Lestari PBB, yang antaranya adalah untuk mengurangkan sisa makanan sebanyak 50% di Malaysia menjelang 2030 – ikrar yang dibuat oleh pihak kerajaan. Jika kita sebagai sebuah negara terus menyumbang kepada kenaikan kadar sisa makanan saban tahun, sasaran tersebut tidak dapat dicapai. Kempen Food CPR merupakan salah satu komitmen kami untuk mengubah tabiat pembaziran makanan di Malaysia,” ujar Dato’ Jeffrey Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Real Estate Investment Trust.
“Kami sedar bahawa ia memerlukan gandingan usaha sama daripada sektor swasta dan awam dalam perihal melibatkan perubahan yang bersifat lestari dalam komuniti ini. Oleh itu, kempen Food CPR dirumus untuk menjadi kempen jangka panjang yang dikhususkan untuk menangani isu sisa makanan, dan Mesin Pengomposan Sisa Makanan akan didirikan secara tetap di Sunway City Kuala Lumpur untuk tujuan tersebut,” jelas HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks.
Sunway Pyramid mengumpul 2.4 tan sisa makanan setiap hari, dan 829 tan setiap tahun. Menerusi kempen ini, Sunway Pyramid membidik untuk menurunkan jumlah sisa makanan tersebut secara signifikan daripada dihantar ke tapak pelupusan. Sunway Pyramid juga dapat menghasilkan kompos dengan mesin pengomposan sisa makanan yang boleh diambil oleh pengunjung secara percuma ketika acara tersebut berlangsung atau di kawasan poket tetap yang terletak di aras B1 dalam pusat beli-belah berkenaan. Kompos yang terhasil boleh digunakan selepas dua minggu setelah ia dicampur dengan tanah-tanih. Ia akan menyuburkan tanah tersebut untuk tujuan bercucuk tanam.
Rakan Kerjasama:
Auntie Anne’s | Fong Lye | Sakae Sushi |
Bar B Q Plaza – I | Gong Cha | Secret Recipe |
Boost Juice Bar | Haagen Dazs | Spag N Jus |
Bread Story | Haidilao Hotpot | Sushi King |
Canton-I Garden | I Love Yoo | The Chicken Rice Shop |
Cinnabon | Ippudo | The Coffee Bean & Tea Leaf |
Din Tai Fung | Juice Works | The Manhattan Fish Market |
Dragon-I | KFC | Tony Roma’s |
Dubu Yo | Kyochon | Village Roast Duck |
Dunkin Donuts | McDonald’s | Yoshinoya Hanamaru Udon |
Esquire Kitchen | Pizza Hut | MAEKO |
Famous Amos | Putien |
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif Food CPR, sila tontoni video ini. Selain itu, layari pautan iniuntuk cara-cara menjadi lebih mesra alam ketika berjalan-jalan di pusat membeli belah, dan pautan ini bagi membelajar langkah-langkah membuat kompos sendiri di rumah dengan menonton video ini.
Nantikan perkembangan lanjut daripada Sunway Pyramid di media sosial atau layari www.sunwaypyramid.com / hubungi 03-7494 3100.
Ikuti perkembangan daripada Pusat Beli-Belah Sunway di platform media sosial yang berikut:
Facebook Sunway Pyramid – www.facebook.com/sunwaypyramid
Instagram – @Sunway_Pyramid
Aplikasi Mudah Alih – Sunway Pyramid di AppStore & PlayStore
Sunway Malls sedang bersiap untuk menjadi antara pemilik-operator pusat beli-belah yang terbesar di Malaysia dengan projek-projek sedia ada dan yang dirancang kini meliputi NLA yang berjumlah 7.7 juta kaki persegi, dan angka ini bakal ditingkatkan kepada NLA berjumlah 10.2 juta kaki persegi tidak lama lagi. Pusat-pusat beli-belah tersebut ialah:-
Sunway Pyramid, Sunway City, Kuala Lumpur
Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur
Sunway Big Box, Sunway Iskandar, Johor
Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur
Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang
Sunway Citrine, Sunway Iskandar, Johor
Sunway Giza Mall, Kota Damansara