Penstriman secara langsung di Facebook Sunway Lost World Of Tambun akan bermula pada tepat jam 11.00 pagi, para pelanggan boleh membeli beberapa pakej yang ditawarkan di laman web kami pada masa yang terhad.
Ini merupakan pertama kali destinasi pelancongan menawarkan tiket kemasukkan, bilik hotel dan pakej penginapan di Facebook secara langsung sebagai jualan 11.11. Walaupun keadaan semasa tidak menentu pada ketika ini, Sunway Lost World Of Tambun menawarkan tawaran menarik di mana sah sehingga 2021.
Semasa industri pelancongan dilanda teruk oleh wabak COVID-19, usaha kreatif ini untuk meningkatkan pusat pelancongan tempatan sangat disanjung dan menjadi contoh bagi para pemain pelancongan tempatan yang lain.
“Sunway Lost World Of Tambun akan terus melakukan pembersihan secara mendalam selama tempoh ini sehingga tamat tempoh PKPB bagi memastikan para pelanggan dapat menikmati detik-detik mereka yang mengagumkan tanpa sebarang keraguan dan penuh yakin.†– Kata Nurul Nuzairi Mohd Azhari, Pengurus Besar Sunway Lost World Of Tambun.