Fattah berkata, selama hampir tiga tahun turun naik mahkamah, dia sentiasa ada di sisi isterinya bagi memberi semangat.
“Alhamdulillah, keputusan mahkamah memihak kepada kami. Syukur dan seperti yang diungkapkan oleh pihak media, mungkin ini rezeki anak kami.
“Saya faham perasaan Fazura apabila dia sentiasa mengadu berkenaan kes ini kerana dia rasa penat. Dan sekarang dalam keadaan dia mengandung pula. Itu pun dia mengadu sakit belakang apabila duduk terlalu lama,”
– Fattah Amin
Fattah mengakui menjadi kewajipan mereka untuk hadir ke mahkamah mendengar perbicaraan. “
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami pun sangat bersyukur dengan keputusan mahkamah,”
– Fattah Amin
Mengulas perasaannya bakal bergelar bapa, Fattah berkata, ia hasil berkat doa daripada keluarga rakan dan peminat.
“Mereka sentiasa menunggu dan berdoa agar kami dapat cahaya mata.
Syukur, saya tak mengalami apa-apa alahan dan normal bagi seorang ibu mengandung ada keinginan nak makan macam-macam.
Sikap manjanya pun lain macam. Disebabkan tiada aktiviti kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kami banyak dapat luangkan masa bersama,”
– Fattah Amin
Dalam pada itu, Fattah kini kembali menjalani penggambaran drama sejak dua hari lalu.
Biarpun mulanya risau, dia lega dan berpuas hati kerana syarikat produksi mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan.
Sumber: Harian Metro