Sunsilk Melindungi Rambut Anda Sehingga 48 Jam* dengan Sunsilk Hijab Recharge
• Pertama di pasaran yang menawarkan kesegaran dan keharuman berpanjangan sehingga 48 jam*
• Dihasilkan oleh pakar penjagaan rambut semula jadi Jamal Hammadi dengan menggunakan bahan- bahan semula jadi
• Usahasama dengan jenama hijab terkemuka, AIDIJUMA bagi melancarkan tujuh jenis skarf dengan corak eksklusif
Bagi kebanyakan gadis, memakai hijab merupakan ekspresi luaran secara peribadi yang mempamerkan tahap keimanan dan melambangkan keutuhan mereka dalam memenuhi tuntutan agama. Namun demikian, kesihatan rambut walaupun ketika bertudung juga amat penting untuk memberi lebih keyakinan.
Tidak lupa juga, keperluan serta cabaran penjagaan rambut bagi mereka yang berhijab adalah unik berbanding mereka yang tidak bertudung.
Memahami permasalahan ini, Sunsilk memperkenalkan Sunsilk Hijab Recharge, rangkaian produk penjagaan rambut yang direka khusus bagi hijabster. Menawarkan kesegaran serta keharuman berpanjangan, dan manfaat terbaik dari bahan semula jadi yang asli, Sunsilk berhasrat untuk memberi kekuatan kepada para gadis untuk mengejar impian mereka namun kekal memiliki rambut yang kelihatan segar dan sihat walaupun dengan berhijab.
Semasa ucapan beliau di majlis pelancaran tersebut, Vincent Chong, Pengarah Pemasaran bagi Penjagaan Peribadi dan Rumah, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. berkata, “Seramai lebih kurang 80% dari wanita di Malaysia memakai hijab sepanjang masa, dan ia telah menjadi satu fenomena fesyen. Selaku peneraju dalam pasaran syampu dan perapi rambut di Semenanjung Malaysia, adalah amat penting bagi kami untuk sentiasa berevolusi mengikut trend terkini dan gaya hidup pengguna yang sentiasa berubah. Sunsilk Hijab Recharge melambangkan usaha gigih kami untuk terus memperkenalkan produk berinovasi, dan terus menjadi teman dalam penjagaan rambut untuk semua gadis-gadis Sunsilk di luar sana.â€
Kesegaran dan Keharuman Berpanjangan Sehingga 48 Jam*!
Menutup rambut sepanjang hari dalam cuaca yang panas dan lembap, akan mengakibatkan pemakai hijab mengalami keadaan rambut yang berpeluh dan kulit kepala berminyak. Bukan sahaja ia menyebabkan rasa tidak selesa, kemungkinan untuk rambut berbau busuk juga adalah amat tinggi, dan pastinya ia akan mengugat tahap keyakinan diri.
Fragrance Release Pearls Technology™* yang terkandung dalam pek Sunsilk Hijab Recharge memberikan kesegaran dan keharuman berpanjangan sehingga 48 jam* – produk pertama di pasaran yang memiliki keupayaan praktikal namun luar biasa. Sebaik sahaja rambut anda dibasuh dengan Sunsilk Hijab Recharge, kapsul haruman akan tersimpan dan terus kekal dalam rambut anda.
Kapsul ini kemudiannya akan pecah apabila terkena sentuhan yang lembut lantas membebaskan aroma wangian yang harum. Tambahan pula, aroma wangian yang harum ini akan bertambah kuat seiring dengan pertambahan geseran antara tudung dengan rambut anda. Dalam erti kata lain, lebih banyak anda menggerakkan kepala, rambut anda akan lebih berbau wangi!
* Hanya terdapat dalam Syampu Segar Berhijab dan Anti Rambut Gugur. Berdasarkan ujian makmal.
Yang Terbaik dari Alam Semula Jadi dalam Satu Botol
Dihasilkan melalui usahasama pakar penjagaan rambut secara semula jadi Jamal Hammadi, Sunsilk Hijab Recharge yang baru ini diformulasikan dengan menggunakan keajaiban bahan semula jadi yang asli untuk menangani cabaran utama masalah rambut yang dihadapi oleh hijabster.
• Segar Berhijab atau Hijab Refresh, keajaiban dalam warna pastel hijau, yang diperkayakan dengan pati buah tin dan dikenali juga sebagai buah-buahan syurga di kalangan orang Islam. Kaya dengan antioksidan, ia membantu membersihkan kulit kepala dari peluh, kesan berminyak, sel kulit mati serta rambut berminyak bagi mengekalkan kesegaran yang berpanjangan.
• Anti Rambut Gugur atau Lively Strong Hairfall** Solution, yang diperolehi dalam botol pastel oren yang ceria, diformulasikan dengan ekstrak akar ginseng. Terkenal dengan kemampuannya untuk mengekalkan nutrien, memperkuatkan rambut serta mengurangkan keguguran rambut.
• Anti Kelemumur atau Anti Dandruff, kehebatan yang terdapat dalam botol warna biru, telah direka untuk menangani permasalahan kelemumur melalui pengunaan pati buah-buahan sitrus untuk menghasilkan rambut lembut bermaya, serta agen anti-kelemumur ZPT yang akan membasmi sel kulit mati dan menghalangnya dari berlaku semula***.
** Akibat rambut putus, berdasarkan ujian makmal dengan penggunaan sistem berbanding syampu tanpa perapi.
*** Tiada kelemumur kelihatan dengan pengunaan kerap
“Pengguna masa kini lebih prihatin, dan lebih cenderung untuk menggunakan produk penjagaan rambut yang dibuat menggunakan bahan semula jadi yang asli serta mampu memberikan lebih banyak manfaat. Kerana itu, kami memilih untuk mengggunakan kelebihan bahan semula jadi yang asli untuk menangani keperluan penjagaan rambut hijabster masa kini dan dipertingkatkan lagi melalui gabungan teknologi penjagaan rambut yang terkini dan canggih. Pengguna sentiasa menjadi keutamaan jenama, dan kami bersungguh-sungguh dalam usaha untuk membantu gadis-gadis di luar sana memiliki rambut yang lembut menawan melalui kaedah yang mudah dan menyeronokkan,†ujar Phoenix Ho, Pengurus Pemasaran, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.
Usahasama Sinergi dengan AIDIJUMA
Selain dari memupuk keyakinan diri hijabster melalui rambut yang sihat dan segar bermaya, Sunsilk mempertingkatkan lagi penglibatan kami dengan menghiasi gadis-gadis di luar sana dengan hijab bergaya yang direka unik dan anggun serta boleh dipadankan dengan pakaian mereka mengikut trend terkini. Menjalin usahasama yang rapat secara dengan jenama peneraju hijab AIDIJUMA, yang turut berkongsi visi yang sama iaitu untuk memberi kekuatan kepada para gadis untuk tampil lebih berkeyakinan, Sunsilk, bersama dengan jenama hijab yang menjadi bualan isi rumah ini turut melancarkan tujuh jenis skarf dengan corak eksklusif bersempena dengan pelancaran Sunsilk Hijab Recharge.
Menampilkan corak yang menyeronokkan dan segar ceria dengan motif yang diminati oleh ramai gadis masa kini, gadis Sunsilk boleh mengumpul kesemua tujuh corak yang ada untuk memberikan lebih warna, lebih berkarekter dan lebih gaya terhadap pakaian seharian mereka. Empat corak kini telah berada di pasaran, di mana gadis Sunsilk boleh mendapatinya secara PERCUMA dengan setiap pembelian dua botol Sunsilk Hijab Recharge. Untuk membawakan debaran yang lebih hebat untuk memiliki keseluruhan koleksi, AIDIJUMA dan Sunsilk akan melancarkan baki tiga corak dalam masa beberapa bulan yang akan datang.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Sunsilk Hijab Recharge, layari laman web http://www.sunsilk.com.my atau kekal berhubungan dengan Sunsilk melalui Facebook (https://www.facebook.com/SunsilkMalaysia/) atau Instagram (https://www.instagram.com/sunsilkmy/)
Harga dan Lokasi Jualan Sunsilk Hijab Recharge
Harga Runcit:
Syampu dan Perapi
o 70ml – RM3.80
o 160ml – RM8.50
o 320ml – RM13.85
Boleh diperolehi sekarang di semua pasar raya terkemuka, pasar raya besar, farmasi dan ajen jualan sah di seluruh negara, serta laman web e-dagang yang dilantik serta laman pasaran dalam talian.
Mengenai Sunsilk
Sunsilk merupakan jenama penjagaan rambut terulung Unilever, yang dijual di 80 buah negara dan wilayah di seluruh dunia yang mencatatkan jumlah jualan sebanyak US$1 billion. Sunsilk merupakan jenama peneraju bagi pasaran penjagaan rambut di Asia dan Amerika Latin. Sunsilk juga dijual sebagai Elidor, Seda dan Sedal. Di Malaysia, Sunsilk merupakan peneraju dalam pasaran syampu dan perapi rambut di Semenanjung Malaysia.