in ,

Sunny Suwanmethanont & Mai Davika Digandingkan Semula Dalam Drama MY AMBULANCE

Tayangan perdana “The Sand Princess” lakonan Baifern dan “Endless Love” lakonan Lee Thanat di dimsum

Adakah ia hanya tentang menyelamatkan nyawa di dalam wad kecemasan? Sunny Suwanmetanot dan Mai Davika menonjolkan detik-detik romantik, kelakar dan penuh emosi pengamal perubatan dalam drama terbaharu mereka, My Ambulance. Digandingkan sekali lagi selepas Heart Attack, Sunny dan Mai berlakon sebagai pasangan kekasih dalam drama ini. Hubungan percintaan mereka tergugat apabila ada orang lain muncul dalam hidup mereka. 

• My Ambulance | Tayangan Serentak pada 6 September | Setiap Jumaat & Sabtu 9.10PM

Ben, seorang doctor di wad kecemasan yang bertanggungjawab untuk merawat pesakit, sudah bercinta dengan Tandawan selama 17 tahun. Tandawan yang hanya bertanggungjawab untuk menjaga Ben, tidak pasti sama ada dia masih mencintai Ben atau cuma perlukan dia. Pada suatu hari, mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya dan Tandawan cedera parah. Apabila dia sedar, semua memorinya hilang. Doktor Charam muncul dalam hidupnya dan perasaan Tandawan terhadap doktor yang memulihnya adalah sama seperti perasaan dia terhadap Ben dulu. Pada masa yang sama, Ben bertemu dengan seorang gadis bernama Bami dan dia juga suka pada Ben. Bami menyamar sebagai pemandu ambulans untuk mendekati Ben. 

Dibintangi oleh: Sunny Suwanmethanont, Mai Davika Hoorne, Sky Wongravee Nateetorn, Bank Thiti Mahayotaruk, Thanaerng Kanyawee Songmuang

• Endless Love | Setiap Ahad

Min percaya pada mitos benang merah. Dia percaya bahawa dia ditakdirkan untuk bersama dengan rakan zaman kecilnya, Phon. Namun, dia bertemu dengan Day dan jatuh cinta pada dia. Tidak lama kemudian, mereka bertunang. Day mendapati ayah Min yang baik hati itu ialah pemandu yang membunuh ibunya dalam kes langgar lari pada beberapa tahun yang lalu, hal ini menyebabkan ayahnya membunuh diri pada hari perkahwinan mereka. Day yang sedih memilih untuk menghilangkan daripada mendedahkan jenayah ayah Min. Selepas Day pulang beberapa tahun kemudian, Min perlu memilih sama ada teruskan hidupnya sendiri atau meminta pengampunan daripada Day demi cinta mereka. 

Dibintangi oleh: Lee Thanat, Violette Wautier, Guy Sivakorn Lertchoochot, Sarocha Burin

• The Sand Princess | Setiap Sabtu & Ahad 

Khotnipa dan Jinpat ialah rakan sekolah. Tapi, Jinpat melayan Khot seperti orang suruhannya, manakala Khot pula selalu memerlukan wang. Jinpat ada seorang abang yang bernama Kiragorn, yang pernah bertunang dengan Apisada. Tetapi sebelum mereka berkahwin, Apisada meninggalkan Kiragorn untuk bersama dengan Jinpat. Pada masa yang sama, Jinpat menghamili seorang wanita dn dia mengupah Khot untuk menjadi ibu kepada anaknya. Hidup Khot menjadi rumit selepas dia bertemu dan jatuh cinta pada Kiragorn yang sudah patah hati.

Dibintangi oleh: Baifern Pimchanok Luevisadpaibul, March Chutavuth Pattarakhumphol, Dan Worrawech Danuwong

Untuk maklumat lanjut, layari dimsum.asia, serta ikuti laman sosial dimsum di Facebook (@dimsum.asia) atau Instagram (@dimsumasia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lazada Smashes 2018 9.9 Sales Record in 2 Hours

Betul Ke Han-Byul Nak Berduet dengan Siti Nurhaliza?