Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini melaporkan keadaan trafik sesak di Plaza Tol Gombak setakat tengahari tadi. LLM menerusi ciapan di ruangan Twitter berkata, kesesakan berkenaan berlaku sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah ke Barat dan Kuala Lumpur.
Selain itu, keadaan trafik di laluan sebelum masuk Plaza Tol Bentong arah ke Timur dan Kuantan juga dilapor turut sesak pada waktu yang sama sekitar 11.49 pagi tadi.
Manakala setakat 12.42 tengah hari tadi, trafik sebelum masuk Plaza Tol Sungai Besi arah ke Selatan dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dilapor bergerak perlahan.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, peningkatan peratusan kemasukan kenderaan di SJR itu dikesan berlaku bermula pagi tadi sehingga pukul 12 tengah hari.
Katanya, bagaimanapun, dua SJR di Pasir Puteh yang menjadi pintu masuk dari Terengganu dan Gua Musang untuk perantau dari ibu negara dilihat tiada berlaku peningkatan kemasukan kenderaan setakat ini.
“Berdasarkan pemerhatian, jumlah kenderaan di sekitar kawasan Kota Bharu juga meningkat sebanyak 15 peratus pada hari ini berbanding sebelumnya.
“Peningkatan kenderaan di Kota Bharu juga berkemungkinan orang ramai keluar untuk membeli barangan keperluan untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha,â€
– Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah
Menurut Abdullah, pemerhatian polis turut mendapati, peningkatan kenderaan yang berada di atas jalan raya di daerah Tumpat dan Machang juga meningkat lima peratus pada hari ini.
Sehubungan itu, Abdullah turut menasihatkan perantau yang pulang ke Kelantan agar menyediakan dokumen yang lengkap dengan alasan kukuh supaya tidak menimbulkan masalah ketika mereka tiba di SJR untuk ke negeri ini.
Bagaimanapun, kita tidak menggalakkan perantau mengambil peluang merentas negeri untuk pulang ketika ini.
“Seeloknya, semua perantau tidak pulang ke kampung halaman bagi mengelakkan berlakunya penul4ran jangk1tan C0vld-19,â€
– Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah
Terdahulu, media melaporkan Sultan Muhammad V menitahkan supaya rakyat Kelantan kekal mematuhi arahan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang masih berjalan dan tidak merentas negeri untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung halaman.
Setiausaha Sulit Kanan kepada Sultan Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata baginda bertitah, tidak berjumpa dengan ibu bapa dalam pandemik bukan bermakna tidak menyayangi mereka sebaliknya ini adalah pilihan yang lebih bertanggungjawab demi melindungi keluarga masing-masing.
“Apabila kita tidak berjumpa dengan mereka, kita tidak mendedahkan mereka kepada risiko jangk1tan v1rus C0VlD-19 yang kini mempunyai mutasi yang semakin gan4s dengan kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi.
“Dengan kes positif di negeri Kelantan yang masih berada di paras tiga angka, rakyat hendaklah sentiasa berwaspada dan tidak alpa dalam mematuhi garis panduan yang ditetapkan seperti sentiasa memakai pelitup muka, mengekalkan penjarakan sosial, dan menjaga kebersihan diri supaya tidak dijangkiti virus C0VlD-l9,†menurutnya lapor Awani.
Sultan Kelantan Titah ‘Jangan Rentas Negeri, Balik Kampung’
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menitahkan rakyat Kelantan supaya kekal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berjalan ketika ini, termasuk larangan rentas negeri untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung halaman.
Menurut Setiausaha Sulit Kanan Sultan Kelantan, Datuk Nik Mohd. Shafriman Nik Hassan, baginda bertitah, tidak berjumpa dengan ibu bapa ketika masih dalam pandemik bukan bermakna tidak menyayangi mereka.
Ia sebaliknya pilihan yang lebih bertanggungjawab demi melindungi keluarga masing-masing.
“Apabila tidak berjumpa dengan ibu bapa, kita tidak mendedahkan mereka kepada risiko jangkitan virus Covid-19 yang kini mempunyai mutasi yang semakin ganas dengan kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi.
“Dengan kes positif di Kelantan masih di paras tiga angka, rakyat perlu sentiasa berwaspada, tidak alpa dalam mematuhi garis panduan seperti memakai pelitup muka, penjarakan sosial, dan menjaga kebersihan diri,†katanya membacakan titah baginda dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Nik Mohd. Shafriman berkata, dengan peningkatan kes sebanyak 13,215 kes hari ini, baginda menasihatkan supaya status pembukaan masjid-masjid dikekalkan seperti ketetapan yang sedia ada.
Jadi, anda masih lagi berdegil nak balik Kelantan? Nak bawa carian baru ke Kelantan pulak? Fikir-fikirkan ya!
*Sumber: Utusan Malaysia