in

Suki Mohon Waran Tangkap Terhadap Bekas Syarikat Pengurusan

[dropcap]P[/dropcap]enyanyi Suki Low melalui peguamnya memohon perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas syarikat pengurusannya Galaxy Music Sdn. Bhd pada Jumaat.

Infi8 Dreams Sdn Bhd dalam kenyataan medianya kepada mStar Online pada Jumaat berkata, Suki bertindak sedemikian apabila pihak syarikat berkenaan tidak menghadirkan diri ke mahkamah sebanyak dua kali bagi menyelesaikan wang tuntutan yang diperolehnya.

Suki 2

“Memandangkan wang tuntutan masih belum dibayar, Suki terpaksa memohon daripada pihak mahkamah untuk memanggil pengarah Galaxy iaitu Chan Tak Wai dan Wong Yoke May untuk menjelaskan kegagalan atau keengganan mereka membayar wang berjumlah RM417,575.17. Namun, Chan dan Wong gagal menghadirkan diri ke mahkamah pada 6 Februari lalu dengan alasan terpaksa menghadiri sebuah mesyuarat di Singapura.”

Kegagalan pihak Galaxy menghadirkan diri ke mahkamah membuatkan sebutan kes berkenaan terpaksa ditunda pada Jumaat (semalam) dan buat kali kedua itu, Chan dan Wong masih lagi berdegil tidak hadir ke mahkamah.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan memerintahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap kedua-dua individu terbabit.

Menurut fakta kes, Galaxy telah membuat penyataan salah bahawa ia mampu menerbitkan, memasarkan serta mengedar album antarabangsa Cina penyanyi itu untuk pasaran Taiwan, China dan Hong Kong.

Suki juga mendakwa telah membayar RM367,575,17 iaitu sejumlah wang tunai selepas memenangi One In A Million kepada Galaxy sebagai balasan terhadap melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Selain itu Suki mendakwa Galaxy hanya menghasilkan album tempatan yang tidak pernah diedarkan pada peringkat antarabangsa sehingga mendorong Suki menandatangani perjanjian pengurusan artis yang mengandungi terma-terma yang berat sebelah dan tidak saksama kepadanya.

Sehubungan itu mahkamah memutuskan Suki layak menerima wang ganti rugi sebanyak RM417,575.17 selepas syarikat tersebut didapati tidak mengikuti perjanjian dalam mempromosikan album tempatan yang diterbitkan.

Kes akan disebut semula pada 15 Mac 2013.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Hotel Himalaya Kathmandu Nepal

Maxis Telco Pertama Tawar Blackberry Z10 di Malaysia