Sebanyak 20 000 pek makanan berbuka puasa berjaya diagihkan kepada golongan sasar menerusi projek ‘Special Iftar For Ummah’ (SIFU) yang dijalankan oleh sukarelawan Yosh MyFundAction Utara.
Special Iftar For Ummah (SIFU) telah diedarkan di beberapa buah sekolah, masjid, pertubuhan anak yatim, pekerja pusat beli belah dan universiti. Antara makanan dalam pakej tajaan yang disediakan adalah nasi, lauk, buah, kurma, kuih, air mineral, air manis, tisu, sudu dan garfu.
Setiap tahun pasti akan ada cerita yang berbeza-beza dan pastinya sangat menarik dan menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.
“Anak yatim ini kelihatan sangat bersyukur dan gembira apabila sukarelawan membelikan mereka baju raya kerana mereka sudah lama mereka tidak pernah rasa suasana yang begini kerana mereka sudah kehilangan mak ayah.â€Â
Menurutnya, program ini dijalankan di beberapa negeri berfokus di bahagaian Utara termasuklah Perak, Penang, Kedah dan Perlis.
Sebagai seorang pelajar yang sedang menjalankan latihan amali dan dalam masa yang sama mengendalikan projek sebesar ini tidak dinafikan agak mencabar kerana masa yang sangat terhad tetapi Alhamdulillah Allah permudahkan urusan beliau dengan mendapat keputusan cemerlang 4.0 Flat.
Kata beliau lagi walaupun penat tapi sebenarnya sangat seronok dapat bekerja dengan orang-orang yang kita baru kenalâ€
‘’Bangun awal pagi, kemas kini huddle 15 minit setiap hari untuk projek SIFU, rajin dan selalu rujuk dengan pensyarah, pada awal pagi buat tugasan, petang handle projek SIFU manakala pada waktu malam akan susun masa untuk mentoring, mesyuarat dan belajar serta kalau ada masa lapang akan susun untuk belajar.’’
“Seramai 40 orang sukarelawan Youth of Strength and Happiness (YOSH) yang terlibat dalam kalangan pelajar universiti dan sekolah sepanjang Projek Ramadhan ini berlangsung.’’katanya
Beliau juga merupakan seorang yang aktif dalam tiktok (https://vt.tiktok.com/ZSdRYAbgt/ ) dan Instagram dengan memberi motivasi kepada belia dan remaja untuk menyumbang dan memberi yang terbaik kepada umat islam. Tiktok beliau mempunyai 102.9k pengikut.
Apa yang membezakan tahun ini dengan tahun yang lain adalah ketika kami berkolaborasi dengan peniaga kecil. Melalui projek ini kami dapat saling bantu membantu antara satu sama lain, peniaga kecil membantu dari segi menyediakan juadah berbuka puasa. Pihak MyFundAction pula membantu dengan membeli makanan peniaga ini dan menyokong produk mereka.
Pesanan yang diberikan oleh beliau ialah “Pada bulan Ramadhan yang barakah ini kita semua kena mengambil kesempatan ini untuk menambahkan amal ibadah kita. Antaranya dengan membantu golongan yang memerlukan dengan segala kemampuan yang kita ada. Sekiranya kita tidak mampu untuk menyumbang dari segi kewangan, kita boleh menyumbang dari segi tenaga. Kadang-kadang kita tak perlu buat benda yang besar pun, kita buat benda yang kecil tapi membawa kesan yang besar.â€
Menurut hadits dari Abu Hurairah RA, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:
“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.â€
(HR. Tirmidzi No 735)
Sesiapa yang berminat untuk bersama kami menjayakan projek SIFU tahun 2022 ini boleh hubungi nombor ini 013-205 2139 ataupun melakukan pemindahan ke akaun bank Maybank Yayasan Kebajikan Muslim Malaysia (MyFundAction) Cawangan Utara 550510970171.
Ditulis Oleh:
Nurin Fatin Nazihah Binti Samsuhan Kewangan Pengurusan, USM Sukarelawan YOSH Utara