Makan dan menonton TV merupakan aktiviti utama dalam kehidupan rakyat Malaysia dengan 95% pelanggan memilih untuk makan sambil menonton TV di luar. Untuk kepentingan pemilik-pemilik kedai makanan dan minuman (F&B), para pelanggan menghabiskan masa yang lebih pada musim sukan; sehingga 86% pelanggan yang berada di bar, bistro dan pub memberikan perhatian sepenuhnya ketika sukan bersiaran secara langsung dan menghabiskan masa dua kali ganda sehingga 4 jam; manakala 77% pelanggan kedai makan India-Muslim dan India memberikan perhatian penuh terhadap sukan yang disiarkan serta menghabiskan masa dua kali ganda, sehingga 2 jam.
Maklumat ini dikongsi oleh Kantar, peneraju utama data, penyelidikan dan perkhidmatan konsultasi, dalam tinjauannya “Tingkah Laku Pengguna Malaysia mengenai Penggunaan Di Luar Rumah & Peluang” memberikan perspektif penting terhadap tingkah laku dan tren pasaran.
Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong berkata: “Tinjauan Kantar memberikan indikasi yang jelas bahawa kedai F&B yang mempunyai perkhidmatan hiburan Astro boleh meningkatkan hasil perniagaan dan keuntungan kerana pelanggan menghabiskan lebih banyak masa di kedai. Kandungan sukan paling berjaya menarik perhatian pengguna. Acara sukan utama seperti Liga Malaysia, Piala Dunia dan Liga Perdana membantu dalam meningkatkan bukan sahaja kehadiran pelanggan baharu tetapi kunjungan berulang, dan lebih banyak masa yang diluangkan di kedai.â€
“Dengan tinjauan ini, Astro memperkenalkan pek baharu BIZone bagi kedai F&B untuk mempertingkatkan dan memudahkan tawarannya. Dengan BIZone, semua kedai F&B boleh menawarkan kandungan sukan berkualiti tinggi, padat dan sah 100% kepada pelanggan mereka. Pek baharu ini menawarkan lebih nilai berpandukan kandungan untuk semua tempat makanan dan minuman pada harga yang menarik, tertakluk pada kepelbagaian jenis perniagaan dan kapasiti tempat duduk. Untuk memudahkan urusan perniagaan, kontrak BIZone dikurangkan dari 24 bulan ke 12 bulan berbanding dengan pek lama,†tambah Tai.Â
Dengan BIZone, semua kedai F&B termasuk yang kecil dan sederhana boleh memanfaatkan kandungan sukan Astro yang padat dalam meningkatkan mutu perniagaan mereka. BIZone, pek tunggal serba baharu yang bakal membawa perubahan kepada kedai F&B, bertujuan untuk memperkasakan perniagaan F&B dengan pelbagai pilihan hiburan termasuk pilihan sukan yang lengkap. Pek baharu ini mempunyai 15 saluran sukan, 25 saluran bukan sukan dan 8 saluran siaran percuma serta menawarkan harga yang telus berdasarkan jenis perniagaan dan kapasiti tempat duduk.
Menurut tinjauan Kantar, pada musim bola sepak, pelanggan di bar dan pub naik 50% dan untuk kedai makan bukan bar, bistro atau pub, impaknya amat besar, iaitu 58% ketika musim bola sepak.
Pengurus Besar, Ketua Bahagian Tinjauan Negara Kantar Malaysia, Paromeeta Mathur Banerjee berkata: “Tinjauan Kantar menunjukkan bahawa hiburan terutamanya sukan siaran langsung boleh dipertimbangkan sebagai tawaran utama oleh mana-mana kedai makanan dan minuman kerana itulah yang dikehendaki para pelanggan. Kedai F&B yang menawarkan hiburan Astro mempunyai capaian yang tinggi terutamanya di kawasan Lembah Klang dengan anggaran capaian pelanggan unik melebihi 4.2 juta. Sukan siaran langsung turut meningkatkan lagi capaian kedai F&B dalam menarik perhatian para pelanggan dan membuatkan mereka menghabiskan lebih masa pada setiap kunjungan.â€
Sempena pengenalan BIZone, Astro mengadakan sesi panel bertajuk “Beyond the Menu: Score with More Customers in 2024†untuk para pengusaha F&B. Sesi ini membawakan ahli-ahli panel yang disegani untuk berkongsi ilmu mengenai tren pasaran dan pendekatan strategik dalam memacu kejayaan pengusahaan makanan dan minuman.
Sesi panel ini melibatkan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan pengasas Restoran Ali Maju Sdn Bhd Dato’ Jawahar Ali; Presiden Persatuan Pengusaha Restoran India (PRIMAS) J. Govindasamy @ Suresh; Pengurus Besar, Ketua Bahagian Tinjauan Negara Kantar Malaysia Paromeeta Mathur Banerjee, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro Tai Kam Leong dan Pengarah Pengalaman Pelanggan dan Digital Astro Malaysia Cynthia Seow.
Kedai makanan dan minuman yang melanggan BIZone akan berpeluang untuk mengadakan acara Watch Party yang bernilai RM100,000. Dihoskan oleh Astro, Watch Party ini akan diadakan di lokasi-lokasi pemenang bermula Mac 2024. Acara ini akan menyediakan pelbagai aktiviti untuk para pelanggan yang hadir termasuk sesi bertemu peminat bersama selebriti, atlit tempatan dan antarabangsa serta makanan dan minuman percuma. Pemenang juga akan menerima pek pengiklanan daripada platform media Astro. Tertakluk pada terma dan syarat.
AstroBiz Watch Party telah diperkenalkan pada tahun 2023 kepada kedai makanan dan minuman untuk menguar-uarkan dan mempromosikan sukan siaran langsung Astro. Setakat ini, Astro telah berjaya mengadakan lebih 20 watch party untuk para pelanggan AstroBiz di seluruh negara.