in , ,

Sukan & Pelancongan Dalam GO FAST OR GO HOME di TV1

Program sukan dan pelancongan disatukan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam program diberi tajuk “Go Fast or Go Home” yang memaparkan seorang hos melancong ke beberapa buah negara Asean.

Disiarkan dalam enam episod mulai 19 Mac ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 11.30 malam di TV1, hos Daniel Woodroof memulakan perjalanan melancong ke Ayutthaya, Thailand serta mempelajari dan berlumba dalam sukan bot panjang yang merupakan satu sukan tradisi kegemaran masyarakat yang tinggal di Ayutthaya. Di samping melancong beliau mengambil kesempatan belajar sukan tradisional negara berkenaan dan memasuki perlumbaan menentang pelumba-pelumba tempatan.

Disiarkan dalam enam episod mulai 19 Mac ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 11.30 malam di TV1, hos Daniel Woodroof memulakan perjalanan melancong ke Ayutthaya, Thailand serta mempelajari dan berlumba dalam sukan bot panjang yang merupakan satu sukan tradisi kegemaran masyarakat yang tinggal di Ayutthaya. 

Seterusnya Daniel Woodroof Ke Tanah Datar, Padang, Sumatera Indonesia untuk melancong serta mempelajari dan menyertai pertandingan sukan Pacu Jawi satu pertandingan sukan tradisional lumba lembu di dalam sawah. 

Episod berikutnya dalam negara kita iaitu di Pulau Pinang, Daniel Woodroof memilih melakukan aktiviti untuk melancong di samping mempelajari cara-cara mendayung dan menyertai pertandingan perlumbaan bot naga.

Berikutnya dalam program sama, perlumbaan rakit buluh adalah antara sukan tradisi yang popular di Filipina. Hos Daniel Woodroof mengambil kesempatan untuk belajar dan seterusnya menyertai pertandingan perlumbaan rakit buluh sewaktu melancung ke sana. 

Kawasan berbukit tinggi Banaue menjadi destinasi hos Daniel Woodroof seterusnya semasa berada di Filipina. Banaue terkenal dengan permainan sukan lumba skuter menuruni bukit.

Skuter di daerah ini dibuat hanya dari kayu dan menjadi sukan kegemaran masyarakat kaum asli di sana.

Hos berkesempatan belajar menunggang skuter dan mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan disamping mengenali budaya tempatan. 

Episod akhir penonton berpeluang mendekati dan mengikuti aktiviti masyarakat yang kehidupan sehariannya bergelumang dengan sawah padi jentera pembajak adalah sebahagian daripada keperluan.

Bagi masyarakat pesawah di utara Thailand jentera ini bukan sahaja untuk kegunaan membajak sawah tetapi ada kalanya diubahsuai untuk tujuan perlumbaan. 

Dalam episod sama hos mengambil kesempatan sewaktu berada di Thailand untuk mempelajari menunggang jentera ini dan menyertai satu pertandingan yang di adakan disamping mencuba makanan tempatan.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Mempamerkan Kuasa 5G Melalui Samsung Galaxy siri S20

Kanak-Kanak Pencinta Haiwan Dalam Rahsia Si Comel di TV1