in

Sugeh Eco Resort Tiada Pengunjung Aliff Syukri Mengeluh Alami Kerugian Sebab PKP

Ramai usahawan terkesan disebabkan Covid-19, apatah lagi dengan perubahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita. Sudah tentunya setiap peniaga akan mengalami kerugian tidak kiralah dalam jumlah yang kecil atau besar.

Tidak terkecuali, Datuk Seri Aliff Syukri yang mengadu di Facebook tentang perniagaannya yang terjejas disebabkan PKP. Menurut Aliff, bisnes tempat penginapan atau resort miliknya di Sungai Buloh tidak menerima pengunjung disebabkan PKP dan dia kerugian selepas jutaan ringgit dihabiskan untuk tempat itu.

Menerusi ruang komen, rata-rata turut bersimpati dengan usahawan popular berkenaan. Walaubagaimanapun, kebanyakan orang ramai menyifatkkan bukan Aliff Syukri saja yang terjejas teruk, malah hampir kesemua peniaga kini terkesan dengan pelaksanaan PKP.

Siapa senasib mcm saya?? Sedih yang sukar saya ungkapkan. Berjuta juta ringgit…saya habis untuk menaikkan @sugehecoresort cawangan sungai buloh @sugeh.chalet dan baru nak merasai hasil daripada perniagaan ni. PKP tutup buka tutup buka.”

Bukan itu saja, Aliff turut berkata dia berasa sangat sedih kerana cukai dan gaji semua pekerja tetap harus terus dibayar meskipun dia mengalami kerugian

Pelanggan pun takut nak datang kejap buka kejap tutup dan yang paling menyedihkan cukai semua nak saya bayar gaji pekerja kau nak kena bayar kalau nak berhentikan kesian mereka begitulah nasib usahawan kecil seperti saya ini,”

Pekerja saya yang tidak biasa kerja panas terpaksa membuat kerja panas untuk memantainkan perniagaan ni. Bilalah nak habis dan berlalu Masik PKP ni, doakan cepat habis dan janga lupa untuk booking dan bercuti di sini sebabnya harga Resort bermula serendah RM 350 sahaja.”

Perkongsian Aliff fi Facebook itu mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya menegur dan ‘ceramah’ usahawan kosmetik itu semula kerana menurut mereka ia adalah satu sifat tidak bersyukur.

Apatah lagi, semua tahu Aliff mempunyai perniagaan lain yang besar dan mempunyai banyak aset. Jadi, menurut mereka keperitan yang dia alami sekarang tidak setanding dengan orang lain terutamanya usahawan kecil yang lebih terjejas.

Netizen turut menasihati Aliff supaya mengambil iktibar dan membuka mata dengan lebih luas untuk melihat keadaan sebenar ramai rakyat di negara kita yang lebih teruk diuji ketika ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Angkara Curi Telefon di MAEPS, Dua Pesakit COVID-19 Diberkas Pihak Polis

Hubungan dengan Anak Sudah Baik, Ibu Aiman Tino Mohon Maaf Kepada Netizen