Berbeza dengan tahun lepas, kek ulangtahun pada kali ini semuanya ditaja. Alhamdulilah, Budiey telah dihadiahkan dua buah kek.
Selain Radio Suria FM kasi 1 kek, syarikat pembuat kek dan juga pengedar peralatan membuat kek iaitu SUGARFLOURS telah sudi menaja kek ulangtahun. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi support Budiey.com!
Kalau bukak website SUGARFLOURS, kita dapat baca dia punya tagline… Sugar and Spice & All Things Nice. Tapi jauh dari itu, SUGARFLOURS juga adalah – School of Cake Decoration & Confectionery Arts!
Memang class!
Terdapat dua outlet SUGARFLOURS iaitu satu kat No. 19, Jalan Medan PB1 A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi dan satu lagi kat Danau Bussines Centre, Taman Danau Desa, Kuala Lumpur.
Kalau pembaca ada nak tempah kek kahwin ke, kek harijadi ke, apa saje jenis kek, Budiey sarankan korang bolehlah menempah kat SUGARFLOURS! Memang puas hati.
Sehari sebelum parti ulangtahun, Budiey telah berpeluang untuk bertemu dengan orang kuat pemasaran atau Ketua Operasi SUGARFLOURS di outlet mereka yang terletak di Bangi. Di sana, Budiey sangat tertarik dengan dekorasi dan konsep kedai ini. Memang lain dari yang lain.
Dari depan kedai hinggalah kat dalam kedai, keseluruhan dindinG dicat dengan warna putih. Yea, korang pun tahu, kalau kita cat dengan warna putih boleh menukarkan mood suasana bilik akan jadi besar dan lega kan? Begitu jugak dengan kedai kek ini. Pastinya pelanggan yang masuk akan merasai keselesaan. Suasana jadi luas dan tenang, Itu yang penting.
Menurut Lisa, Ketua Operasi SUSGARFLOURS, apa yang mereka mahu terapkan adalah konsep yang berbeza dari mana-mana kedai kek. Selama ini kedai kek berkonsepkan keceriaan di mana dinding dicat dengan warna terang atau pastel.
Mungkin satu kelainan, konsep ini diilhamkan dari kedai kek yang terdapat di England. Dekorasinya, lebih berkonsepkan Inggeris.
Rupanya di sini, bukan sahaja tempat membuat kek tapi kat sini juga kita boleh mendapatkan peralatan untuk buat kek.
Menurut SUGARFLOURS, jika anda mahu belajar bagaimana untuk buat kek, kat sini juga disediakan kelas. Banyak juga pakej kursus buat kek yang disediakan. Korang boleh pilih dan kiranya boleh buat bisnes kek selepas tu.
Kalau tak nak masuk kursus buat kek, korang boleh belajar buat kek sendiri kat rumah dengan berpandukan buku.Sekarang kan orang tengah buat bisnes buat cup cake. So, kira elok gak tu belajar.
Kat Sugarflours ni ada disediakan banyak sekali buku-buku rujukan untuk buat kek dan dan buat dekorasi kek.
Masa Budiey bukak kotak kek, Budiey terkejut melihat kek yang direka oleh SUGARFLOURS di mana konsepnya Merah & Putih memang tepat. Ada diletakkan elemen grafik kat logo SENSASI SELEBRITI – KINI DAH 3 TAHUN. Adab bulatan dan bintang warna kuning.
Yang penting sangat lawa dan cantik.
Menurut SUGARFLOURS, kek ni bukan kek biasa, bukan kek i-cing, tapi ianya kek fondant coklat.
Tak caya tengok ni.
Siap diletak lilin, bentuknya nombor 3. Kata Dayana Anak Wayang, lilin ni boleh dimakan. Mmm… makan lah. Budiey tak berani.
Di peluang ini, Budiey ingin mengucap jutaan terima kasih kepada SUGARFLOURS kerana sudi menaja kek ulangtahun ke-3 Budiey.com.
Cantiknya kek ni… sampai Budiey sayang nak potong. Harga kek fondant ni ialah RM500!
Rasa nak frame je letak kat rumah… kekeke…
Semalam, tepat jam 5 petang, kek yang begitu cantik ni akhirnya selamat dipotong jugak di hujung acara Parti Ulangtahun ke-3 Budiey.com yang diraikan di Neway Karaoke Box, Berjaya Times Square.
Apa yang boleh Budiey katakan untuk parti semalam… SANGAT MERIAH! Korang yang datang memang HAPPENING HABIS!
Semua selebriti dan pembaca yang hadir turut juga merasai kenikmatan rasa coklat dan lapisan fondant yang begitu mengujakan.
Alhamdulilah, semua memuji kek ini sangat sedap! Siap ada nak bawa balik tapau untuk famili kat rumah…
Untuk menjadi bintang ternama, Dayana kena makan bintang yang terpacak dari kek ni… barulah beul-betul BINTANG!