Menurutnya, semasa menyambung pengajian sarjana (Master), lagu ciptaannya diterima baik oleh pendengar membuatkan dirinya fokus ke bidang nyanyian.
Selain itu, pelantun lagu Di Matamu pernah ini juga pernah mengajar di beberapa institusi pendidikan malah masih mengimpikan untuk menjadi seorang pensyarah.
“Jadi cita-cita tu bukan nak kata tak jadi sebab angan-angan nak jadi lecturer tu masih ada mungkin bukan dalam masa terdekat.
“Insya-Allah kalau saya dah lama dalam industri lepas itu nak masuk dalam bidang pendidikan pula tidak mustahil akan berlaku.
“Sebelum ini saya pernah mengajar di sekolah-sekolah harian, di Politeknik sekejap dan saya minat nak mengajar bidang komunikasi,”
– Sufian Suhaimi
Mengulas tentang menyambung pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD), dia ada terima tajaan namun menolak kerana mahu fokus ke bidang nyanyian terlebih dahulu.
“Saya ada dapat tawaran dan sponsor untuk sambung PhD cuma saya takut apa yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran jadi lebih baik fokus satu persatu dulu.
“Buat masa ini, PhD bukan keutamaan saya,” jelasnya.