in , ,

Sufian Suhaimi & Kekasih Pakai Sedondon di Majlis Aiman, Sedia Nak Kahwin?

Rasanya ramai yang dah tahu Sufian Suhaimi kini dah ada kekasih, sebelum ini dia pernah mengakui hatinya kini sudah dimiliki oleh seorang wanita yang dikenalinya sejak tahun lalu.

Kehadiran Sufian bersama teman istimewa yang tampil sedondon berwarna merah turut menarik perhatian tetamu di majlis pernikahan sahabatnya penyanyi Aiman Tino yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.

Bagaimanapun Sufian enggan terlalu mendedahkan identiti gadis yang baru berusia 23 tahun dan masih bergelar pelajar universiti itu kerana bimbang dia akan menjadi perhatian ramai dan membuatkan kekasihnya itu berasa tidak selesa.

“Betul, itulah teman wanita saya. Bukan hendak berahsia, tetapi saya tidak mahu terlalu berkongsi. Kalau keluar bersama, kami buat seperti biasa dan tidak pula menyorokkan hubungan kami
“Dia masih menuntut di sebuah universiti dan hampir menamatkan pengajian… saya panggil dia ‘sayang’.
Saya menghormati kehidupannya dan begitu juga dia. Mungkin dia tidak selesa kalau ramai mengenalinya dan menjadi tumpuan ramai,”

– Sufian

Sementara itu penyanyi lagu Di Matamu ini dia berharap hubungan tersebut akan berakhir dengan ikatan perkahwinan namun masih belum ada sebarang perancangan ke arah itu.

Saya memang tiada sasaran bila akan berkahwinNamun saya sudah bersedia ke arah itu.

“Mestilah kami ada bercakap soal hala tuju hubungan ini sebab kami tidak mahu membuang masa. Kalau dah kenal dan bercinta pasti nak kahwin.

“Tetapi kami tidak ada sebarang perancangan setakat ini atau menghitung hari,”

– Sufian

Menurutnya lagikeluarga kedua-dua belah pihak juga sudah mengetahui tentang hubungan mereka namun belum bertemu antara satu sama lain.

Untuk rekod, Sufian pernah bertunang dengan aktres Elfira Loy pada 2017 namun ikatan itu terlerai empat bulan kemudian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HAFIDZ ROSHDI

“Carikan Da’i, Pendakwah Yang Utamakan Allah Untuk Saya” – Isteri Hafidz Roshdi

MAEL XPDC MENINGGAL DUNIA

Anwar Ibrahim Zahirkan Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mael XPDC