Penuhi ilmu kerohanian sepanjang bulan Ramadan bersama program “Sufi siri 2†yang dihoskan oleh Ustaz Mohd Norhisyam Al Idrus mulai 27 Mei ini, setiap hari, pukul 6.45 petang dan 11.30 malam menerusi saluran TVi.
30 episod program lima belas minit ini pastinya meninggalkan kesan yang mendalam kepada semua menerusi kupasan tajuk-tajuk tertentu yang dipilih dalam setiap episod yang disiarkan. Rancangan bertema takzirah ini menonjolkan sifat-sifat mahmudah yang patut di semai dalam diri kita apatahlagi dalam bulan Ramadan dimana seluruh umat Islam mengejar kebaikan dan meninggalkan keburukan.
Motivasi Sepanjang Ramadan Ini Dalam “Sufi Siri 2†di TVi
Antara episod dipilih membincangkan tentang nikmat bersedekah, menahan rasa marah, amalan bersederhana, apabila dilanda musibah, hutang, sifat tamak, memberi kemaafan, bertolak ansur, riak, makanan jiwa, ganjaran, keredhaan, keikhlasan, sifat kedekut dan hidayah. Menariknya turut dipaparkan lakonan semula untuk dijadikan pengajaran kepada semua.
Saksikan episod pertama membincangkan tentang nikmatnya bersedekah dan kebaikan-kebaikan yang diperolehi jika kita melakukannya. Penceramah iaitu Ustaz Mohd Norhisyam Al Idrus menyentuh bahawa orang yang menerima sedekah akan merasa seronok tetapi bagi orang yang bersedekah pula, menggembirakan orang lain itu merupakan kepuasan yang lebih hebat lagi. Beliau juga membacakan al-Quran dan hadis berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Contoh turut diberikan dengan babak lakonan semula.
Seterusnya episod bagaimana pentingnya menahan rasa marah. Perasaan marah boleh membawa kepada kemudaratan dan meninggalkan kesan kepada mangsanya. Ustaz Norhisyam membawa cerita-cerita yang pernah terjadi di zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabat berkaitan topik marah. Diikuti topik amalan bersederhana dalam semua aspek termasuk dalam beramal ibadat.
Bersederhana akan membantu kita kepada istiqamah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dalam hadisnya yang bermaksud, “Sebaik-baik perkara adalah di tengah-tengah secara bersederhanaâ€.
Apabila seseorang menghadapi musibah dan bagaimana cara untuk menanganinya? Motivasi ini dikongsikan dalam episod berikutnya. Beliau menerangkan bagaimana seseorang itu boleh mengawal perasaannya semasa dilanda musibah. Beliau turut menceritakan kisah Ummu Salamah yang bersabar semasa menghadapi musibah dan akhirnya menjadi isteri Rasulullah SAW.
Begitu juga topik tentang hutang. Beliau menjelaskan bahawa Islam mengizinkan berhutang apabila ada keperluan tetapi mesti dengan niat akan membayarnya dan tanpa unsur riba. Hutang yang tidak dijelaskan di dunia, kita kena membayarnya nanti di akhirat dengan menggunakan pahala kita. Hos menceritakan peristiwa orang yang berhutang dan meninggal dunia yang terjadi di zaman Rasulullah SAW.
Turut menarik tumpuan membincangkan tentang sifat tamak. Islam memberi peringatan kepada umat manusia yang tidak pernah cukup dalam kehidupannya. Dalam al-Quran juga telah dinyatakan bahawa orang yang tamak akan menyesal apabila di dalam kubur nanti. Sifat tamak juga menyebabkan kita lupa dan lalai daripada tanggungjawab agama.
Beliau turut berkongsi cerita bagaimana Saidina Abu Bakar memberi kemaafan semasa Aisyah difitnah oleh golongan munafikin. Tidak akan menjadi hina kalau kita meminta maaf bila kita membuat silap dan tidak akan menjadi kurang jika kita memaafkan orang lain.
Luangkan masa menonton topik lain termasuklah hikmat bertolak ansur yang mana sekiranya masing-masing saling bertolak ansur, kehidupan ini akan menjadi sangat mendamaikan.
Dalam tajuk riak pula membiancangkan apabila sesuatu perkara itu dilakukan kerana imej dan bukannya kerana Allah SWT maka terjadilah riak. Seterusnya tajuk makanan jiwa tentang dimana jiwa akan bahagia jika cukup makanannya. Makanan bagi jiwa adalah zikir dan zikir juga merupakan penenang jiwa. Zikir terbahagi kepada dua iaitu yang dilafazkan termasuklah membaca al-Quran dan keduanya adalah mengingati Allah dalam segala urusan hidup kita.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.