in

Sudut Pidato Rancangan Terbaru Astro Awani

‘SUDUT PIDATO’ RANCANGAN TERBARU ASTRO AWANI

Aspirasi generasi muda Malaysia adalah fokus program terbaru Astro AWANI, saluran berita 24 jam tempatan yang pertama di Malaysia.

Rancangan yang diberi nama SUDUT PIDATO adalah platform bagi pelajar universiti untuk melahir dan melontarkan pandangan mereka sambil mengasah bakat dalam berpidato. SUDUT PIDATO yang akan disiarkan pada Ahad, 28 Mac ini, menampilkan format baru yang segar.

Menurut Pengurus Besar Astro AWANI, Rozina Aziz, “SUDUT PIDATO merupakan format yang menarik yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mengenengahkan isu yang dekat dihati mereka dan memberikan cadangan untuk membantu membina negara-bangsa.”

Program khas ini akan keudara sebulan sekali di saluran 501, Astro AWANI. Rancangan 60 minit yang dirakamkan di kampus IPT ini, menonjolkan kehebatan pelajar-pelajar berpidato sama seperti ‘Speakers Corner’ di Hyde Park, London di samping memberikan sedikit gambaran tentang kehidupan kampus.

Hos SUDUT PIDATO Dzulfitri Yusop

“Kami amat menggalakkan rakyat Malaysia pelbagai peringkat umur untuk mencabar minda mereka mencari informasi dan pengetahuan. Kami sama-sama mahu membantu mereka khasnya generasi muda yang bakal menjadi pemimpin masa depan,” tambah Rozina. “Dalam hal ini, kami bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan kami amat berbesar hati kerana Timbalan Menteri, Pengajian Tinggi, Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah turut menjayakan episod pertama dengan berkongsi pengalaman bagaimana mahasiswa boleh mentransformasikan idea mereka kepada satu projek yang menguntungkan masyarakat.”

Program baru ini menampilkan tiga pemidato terbaik yang dipilih oleh pelajar-pelajar dalam SUDUT PIDATO yang diadakan di kampus yang terpilih. Penonton dapat melihat petikan pidato dan diskusi bersama tetamu khas tentang bagaimana menjual idea mereka kepada pembuat dasar.

Episod pertama akan memaparkan pemidato dan pelajar Universiti Malaya. Dalam episod ini, penonton bakal menyaksikan pengacara Dzulfitri Yusop – pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Komunikasi Massa – Datuk Saifuddin Abdullah dan tiga pemidato terbaik Universiti Malaya berbincang tentang bagaimana menjual idea yang mereka cetuskan semasa berpidato di kampus.

SUDUT PIDATO, diterbitkan oleh Suhaimi Sulaiman selaku Penerbit Eksekutif, Kamarul Bahrin Haron (Editor Kanan) dan Zarina Hafiz (Penerbit & Penyelidik Kreatif Kanan).

Program bulanan ini keudara pada jam 9:30 malam, Ahad 28 Mac ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MR. SIAO’S MANDARIN CLASS MUSIM KEDUA

Fara Fauzana Menang Anugerah Artis ARTIS HIP Highly Intelligent Popular