in , ,

Sudah ‘Move On’, Erra Fazira Enggan Ulas Isu Dengan Umie Aida

Pelakon Erra Fazira enggan mengulas lanjut melibatkan isu pergaduhannya dengan rakan baiknya, Datin Seri Umie Aida seperti yang hangat baru-baru ini.

Menurut Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chik, dia kini mahu meneruskan hidup dengan optimis dan enggan mengenang kisah lalu.

“Sekarang saya dah ‘move-on’ dan tak nak bercakap lagi soal ini. Pengajaran lepas yang bagus untuk diri saya,”

– Erra Fazira

Erra Fazira ditemui di majlis sidang media program Mingguan Wanita di The Gardens Mall, Kuala Lumpur hari ini.

Erra turut memberitahu bahawa dia tidak mahu memanjangkan perkara ini kerana baginya cukuplah dengan apa yang sudah terjadi.

“Saya mohon maaf kepada rakan-rakan media kerana anda tidak akan mendapat jawapan kepada semua persoalan yang anda mahukan daripada saya pada hari ini.

“Saya enggan panjangkan isu dan hanya ingin mengenang apa yang berlaku sebagai satu titik hitam dalam kehidupan saya,”

– Erra Fazira

Tambahnya lagi, dia hanya memohon agar peminat mendoakan perjalanan hidupnya selepas ini lebih aman dan damai.

“Setiap apa yang berlaku dalam hidup ini saya ambil sebagai satu pengajaran tidak kira baik atau buruk.

“Soal saya berduka atau tidak, biarlah saya simpan sendiri. Saya ada tempat (Allah) untuk saya mengadu nasib,”

– Erra Fazira

Umie sebelum ini memuat naik status di Instagram mendakwa rakan baiknya telah mengkhianati dirinya sebanyak tiga kali.

Baru-baru ini tersebar sebuah video memaparkan Umie dan Erra bermaaf-maafan dan Umie juga pernah mengeluarkan kenyataan dia memaafkan Erra namun hubungan mereka mungkin tidak mungkin akan rapat seperti dulu lagi.

Sumber: KopiPlanet.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Sam Bunkface Sembunyikan Perceraian Dengan Bekas Isteri

Perpisahan Penuh Nostalgia Di Konsert Terakhir Boyzone Di Kuala Lumpur