Menerusi satu perkongsian di laman instagramnya Zara ada berkongsi kapsyen yang menyentuh soal doa yang cepat atau lambat dimakbulkan Allah.Menerusi laporan BH Zara atau nama betulnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata dia masih dalam proses untuk membiasakannya dirinya dengan imej terbarunya ini. Dia dalam masa sama turut mengharapkan doa orang ramai.
“Secara jujur, saya masih dalam proses membiasakan diri dalam penghijrahan ini.
Saya mengharapkan doa yang baik-baik.
“Semuanya berlaku atas gerakan hati. Keputusan ini tidak perlu dilengahkan. Saya juga tak mahu hati berbolak-balik dalam melakukan tuntutan wajib ini.
– Zara Zya
Jelasnya dia bagaimanapun sempat menghabisan penggabaran drama lakonannya Beri Sedikit Waktu pada hujung minggu lalu sebelum bertekat untuk berhibab sepenuhnya.
Terpaksa Tolak Beberapa Tawaran Drama
Susulan dari penghjirahannya Zara berkata dia memmutuskan utnuk menolak beberapa tawaran drama yang diterimanya kerana dilihat kurang sesuai dengan imej terbarunya.
Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, dia memutuskan untuk menolak beberapa tawaran drama yang kurang sesuai dengan imej bertudung.
Baginya, hatinya kuat mahu berubah termasuk menutup aurat.
“Saya selalu dengar soal istiqamah ini bukan mudah. Saya harap Allah tetapkan hati dan jiwa saya. Insya-Allah, saya mahu masa depan menjadi lebih baik daripada semalam yang ditinggalkan.
“Tiada langsung rasa sayang menjual pakaian lama. Saya akui, sudah tidak sabar mahu menutup aurat selama ini. Moga ia menjadi permulaan yang baik,” katanya.
– Zara Zya
Katanya, dia tidak gentar sekiranya keputusan menutup aurat mungkin menjejaskan tawaran lakonan.
“Saya tak terfikir soal ada tawaran kerja atau sebaliknya. Saya percaya pada rezeki yang tertulis.
“Saya banyak membeli tudung dan pakaian baru,”
– Zara Zya
Tambahnya dia tekad untuk berhijrah sepenuhnya termasuk menutup aurat malah tidak risau sekiranya tidak mendapat sebarang tawaran susulan dari keputusannya berhijab.
Jelas Zara lagi dia yakin rezeki sudah tertulis dan datangnya dari Maha Pencipta.