Menurutnya, dia berasa pelik dan tidak tahu mengapa individu tidak dikenali terbabit berbuat demikian sedangkan dia langsung tidak meletakkan sebarang notis atau pengumuman tentang penjualan rumah.
Bukan itu sahaja, Syada Amzah juga meluahkan rasa terkilan dan mendakwa dirinya bukan sahaja dibuang malah kini, dihalau pula. Malah, dia merasakan dirinya sekeluarga seakan-akan haiwan terbiar yang sesuka hati mahu dibuang dan dihalau tanpa sebarang perbincangan.
“Gila lah, rasa macam kita ni haiwan sesat. Dah kena buang, kena halau lagi. Genius, betul-betul respect.” tulis Syada
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan hantaran tersebut ditujukan kepada siapa.