in

Tiga Cerita Dongeng, 1 Nafas Baru dalam SUATUKALA

3 Cerita Dongeng, 1 Nafas Baru; ‘SUATUKALA’ Bakal Menggamit Nostalgia Ibu Bapa dan Tawar Pengalaman Menyeronokkan Untuk Anak-Anak

Astro bakal menceriakan musim cuti persekolahan yang akan datang ini dengan membawakan cerita-cerita rakyat popular dari negara Nusantara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei menerusi sebuah filem televisyen (FTV) bertajuk ‘Suatukala’. Tiga hikayat dongeng lama, ‘Merah Puteh’, ‘Malin Kundang’ dan ‘Badang’ telah diberi nafas baru dan diceritakan semula dalam filem televisyen (FTV) ‘Suatukala’ untuk tontonan seisi keluarga. Ia dijangka menemui penonton mulai 15 Mac ini di Astro First Eksklusif saluran 480 dan menerusi platform digital, ‘on demand’.

SUATUKALA

‘Suatukala’ merupakan sebuah karya antologi yang dizahirkan oleh tiga pengemudi utama yang menduduki kerusi Pengarah. ‘Merah Puteh’ mendapat sentuhan pengarah hebat, Shamyl Othman. ‘Badang’ pula menampilkan Nik Amir Mustapha, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia seni tanah air. Manakala ‘Malin Kundang’ diarahkan oleh seorang pemain baru yang begitu berpotensi besar, saudara Edison Cheam.

FTV ini turut menampilkan nama-nama terkemuka yang terlibat secara langsung di hadapan dan di belakang tabir termasuklah Yusry Abdul Halim yang mengetuai bahagian efek khas serta gabungan pelakon berpengalaman dan bakat-bakat muda yang amat berbakat. Mereka termasuklah Kamal Adli, Dynas Mokhtar, Amir Raja Lawak, Sharifah Shahirah, Liza Othman, Rykarl Iskandar, Wafiy Ilhan, Sweet Qismina, Harith Haziq, Qistina Raisah, Arel Azimi, Syumaila, Zynakal, Arif Karim dan Firdaus Ghufran.

INFO PENTING MENGENAI ‘SUATUKALA’

1. ‘Suatukala’ diinspirasikan dari tiga hikayat dongeng kanak-kanak yang cukup terkenal di negara Nusantara (Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei). ‘Merah Puteh’, ‘Malin Kundang’ dan ‘Badang’ diberi nafas baru dan diceritakan semula dalam bentuk sebuah filem televisyen (FTV).

2. Berpaksi kepada satu tema yang sama iaitu berlatarkan kisah-kisah dongeng dalam sebuah negara bernama ‘Inderaloka’, ‘Suatukala’ tampil lebih kreatif apabila menggandingkan tiga orang pengarah dari tiga penerbitan yang berbeza. Shamyl Othman yang mengarahkan ‘Merah Puteh’ mewakili ‘Red Communications’, manakala Nik Amir Mustapha merupakan figura yang bertanggungjawab di sebalik ‘Badang’ dan mewakili ‘Lumatic Films Sdn Bhd’. Dalam pada itu, pengarah baru, Edison Cheam diberi kepercayaan untuk menyarung jersi sutradara bagi ‘Malin Kundang’ dan beliau bekerjasama dengan ‘Arie Zaharie Productions’.

3. Kolaborasi ini memberi ketiga-ketiga pengarah kebebasan untuk menggarap karya mengikut kreativiti masing-masing. Audiens bakal lihat gaya pengarahan, jalan penceritaan dan struktur plot yang pelbagai, dalam satu latar atau tema filem yang sama. Ini merupakan keunikan yang ditawarkan ‘Suatukala’, yang mana tiga cerita rakyat popular dikompakkan menjadi satu versi padat, segar dan moden.

4. Salah satu objektif utama ‘Suatukala’ dizahirkan dalam bentuk filem adalah untuk memberi peluang kepada generasi muda hari ini mengetahui kisah-kisah dongeng hebat yang pernah menghiasi dunia ibu bapa mereka pada suatu masa dahulu. Ini merupakan kisah serumpun yang sarat dengan mesej positif dan nilai-nilai kekeluargaan, yang mana turut diperdengarkan di negara Nusantara yang lain. Ia membuktikan bahawa masyarakat di negara-negara ini memiliki persamaan yang ketara dan menerusi ‘Suatukala’, semoga hubungan serantau yang telah lama terjalin ini boleh terus disemai.

5. ‘Suatukala’ yang mengetengahkan genre komedi keluarga dan fantasi ini berdurasi selama 90 minit dengan setiap cerita dongeng dipertontonkan selama 30 minit.

6. Sesi penggambaran telah berlangsung selama 12 hari pada bulan November lalu dengan lokasi utama di Kem Isi Rimba, Kemensah, Kuala Lumpur dan di The Root Eco Resort, Tanjung Rambutan, Ipoh.

7. Memandangkan ini merupakan satu projek berskala besar kerana melibatkan banyak pihak dan beberapa produksi, cabaran utama yang perlu dilalui untuk menyelesaikan sesi penggambaran ‘Suatukala’ termasuklah kesukaran dalam penyusunan jadual semua yang terlibat, mempelbagaikan usaha demi mendapatkan konsistensi untuk menepati tema utama dan keseluruhan ‘look and feel’ serta ketidaktentuan cuaca yang perlu diharungi.

8. Penyanyi popular, Syamel turut terlibat menyumbangkan suara untuk lagu tema ‘Suatukala’ yang berjudul ‘Teruskan Mencuba’ bersama barisan penyanyi cilik, Wafiy, Erissa, Masya.

PETIKAN KENYATAAN RASMI WAKIL ASTRO

Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Gen Next ASTRO berkata:

Merah’, ‘Hikayat Si Kancil’, ‘Batu Belah Batu Bertangkup’, ‘Si Tanggang’ dan banyak lagi.

Kebanyakan anak-anak pada hari ini lebih terdedah kepada kisah-kisah dongeng dari luar negara. Menerusi ‘Suatukala’, kami angkat semula kisah-kisah dongeng tempatan yang cukup terkenal di kalangan masyarakat serumpun dan kami titipkan juga nilai-nilai murni agar anak-anak ini mendapat pengajaran daripadanya. Pada masa yang sama, saya yakin ‘Suatukala’ akan turut menggamit nostalgia ibu bapa di kala menontonnya bersama seisi keluarga.

Saya berharap agar ‘Suatukala’ ini dapat dijadikan pendorong kepada pemain industri untuk mengangkat lebih banyak cerita-cerita rakyat atau kisah-kisah dongeng lama dan dizahirkan semula dengan nafas baru, seiring dengan peredaran zaman. Semoga usaha kami ini sedikit sebanyak membantu mengekalkan khazanah sastera lisan klasik Nusantara agar boleh disampaikan kepada generasi yang akan datang.”

BUTIRAN SIARAN

‘Suatukala’ bakal bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 15 Mac 2018 (Khamis) ini. Dengan hanya RM 15.90 (termasuk 6% GST), penonton boleh menonton ‘Suatukala’ dengan berulang kali dalam tempoh 48 jam (2 hari) dari waktu pembelian.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, ‘Suatukala’ turut boleh didapati menerusi platform digital, ‘on demand’.

SINOPSIS ‘SUATUKALA’

Pada suatukala, di sebuah negeri Inderaloka, dua bangsa berkongsi hidup di atas tanah yang sama, iaitu Indera dan Loka. Bangsa Indera boleh mengunakan kuasa sakti, sentiasa digeruni oleh orang Loka. Akibatnya Indera disisih, ditindas, dan digunakan hanya untuk kepentingan Loka sahaja. Kerana naluri seorang Indera itu memang bencikan pada kekerasan dan naif dalam membuat keputusan, bilangan mereka semakin lama, semakin berkurangan. Ada yang hilang, ada juga yang ditahan, Kini raja Inderaloka telahpun mengeluarkan titah, pengawal istana pun telah keluar keliling kota, raja mahukan saki-baki orang Indera dicari dan dikumpul dengan segera, tiada siapa tahu niat raja. Inilah cerita-cerita Suatukala.

Malin Kundang (Wafiy Ilhan) seorang anak yang baik yang tinggal bersama ibunya, Kesuma (Dynas Mokhtar) yang amat melindunginya. Malin Kundang teringin untuk menyertai geng popular Alam (Zynakal), Bak (Arif Karim) dan Ciko (Firdaus Ghufran) di kampung dan sanggup melakukan apa sahaja cabaran yang diberi. Ibunya melarang Malin daripada menyertai geng itu. Salah satu cabaran yang diberi adalah untuk Malin Kundang menunjukkan keberaniannya dengan menangkap orang Indera. Terpengaruh dengan andaian mereka, Malin Kundang menuduh ibunya sebagai orang Indera. Akibat tindakannya yang mengkhianati ibunya sendiri, Malin Kundang disumpah menjadi batu.

Merah (Sweet Qismina) tinggal bersama adik tirinya, Puteh (Syumaila) dan ibu tirinya, Mak Kuntum (Sharifah Shahirah). Mak Kuntum berasa seronok apabila bunga mawarnya tumbuh mekar dalam masa semalaman. Ini membuatkan jiran mereka, Mak Bidan, berasa musykil. Puteh mendapat tahu Merah memiliki kuasa sakti dan sering mengintip Merah berbual dengan seekor Ikan Kaloi (suara latar – Sherry Al Hadad) yang boleh bercakap. Atas nasihat Mak Bidan, ikan dari warisan Indera itu perlu dihapuskan. Dengan hati yang sedih, Merah menanam tulang Ikan Kaloi tetapi rahsianya tetap dibongkar kepada Pengawal Diraja, Pendek (Kamal Adli) dan Panjang (Amir Raja Lawak).

Badang (Harith Haziq) cemburu dengan basikal baru rakannya, Suman (Rykarl Iskandar), dan ingin menyertai pertandingan angkat berat demi mendapatkan duit untuk membeli basikal baru. Malangnya, Badang kalah dalam pusingan kelayakan. Seorang gadis Indera bernama Nami (Qistina Raisah), berjanji menunaikan permintaan Badang untuk menjadi kuat agar Badang dapat memenangi pertandingan itu. Dengan bantuannya, Badang mendapat kekuatan luar biasa dan menang pertandingan angkat berat itu.

PLATFORM DIGITAL ‘SUATUKALA’

@suatukala_my #suatukala suatukalaMY Suatukala
@astrofirsteksklusif #astrofirsteksklusif

# TAMAT #

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

High-Fives with Hi-5 at Paradigm Mall PJ!

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem UNSANE