in ,

Suami Ziana Zain Hadapi Dua Kali Ganda Hukuman

SUAMI penyanyi popular Ziana Zain, Armin Zaharin sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini atas tuduhan pindaan mencederakan anaknya pada 25 Februari lalu.

Memetik beberapa sumber, bekas pramugara itu berdepan dengan hukuman lebih berat selepas pihak pendakwaan meminda pertuduhan yang dikemukakan.

suami-ziana-zain

Difahamkan, Timbalan Pendakwa Raya iaitu Megat Mahathir Megat Tharih Afendi meminda pertuduhan Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326.

Jika sabit kesalahan, Armin berdepan dengan dua kali ganda tempoh hukuman berbanding Seksyen 324 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Pun begitu, lelaki berusia 53 tahun itu mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin selepas pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya dan minta dibicarakan.

Sementara itu, difahamkan juga Raja Noor Adilla mengekalkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 April ini sebagai tarikh serahan dokumen.

Armin yang hadir ke mahkamah pada pukul 9 pagi dengan memakai baju kelabu serta berseluar jeans dilihat tenang dan penampilannya kelihatan berbeza apabila dia mencukur rambut.

Ketika Armin berada di kandang pesalah, sumber melaporkan dia kerap kali memandang ke arah galeri awam seolah-olah mencari seseorang yang dikenalinya namun tiada kelibat keluarga termasuk isterinya, Ziana.

Untuk rekod, Armin ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana membuat laporan polis pada 27 Februari lepas.

suami-ziana-zain-1-1024x593

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CENDANA Promosi Destinasi Kesenian dan Kebudayaan Sempena Cuti Sekolah

Netizen Sebak Adam Luah Jadi Bapa 10 Tahun Kahwin