Pastinya ramai netizen yang masih tak dapat lupakan mengenai kisah rumah tangga Shuk Sahar yang pernah bergolak beberapa bulan lalu gara-gara kemunculan orang ketiga.
Tiada angin takde ribut, semasa rakyat jelata menderita mengharungi pandemik Covid 19, netizen dikejutkan dengan pendedahan isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mengenai ugutan yang dibuat oleh wanita yang sama mengganggu perkahwinan mereka dahulu iaitu Farah.
Adakah isu ini ditimbulkan semata untuk meraih publisiti atau betul-betul mahu meluahkan rasa tak puas hati, masih belum dipastikan.
Daripada tangkapan skrin tersebut dapat dilihat Farah sepertinya marah kerana percubaan untuk menghubungi pasangan itu gagal.
Malah wanita itu bertindak tidak terkawal apabila menghantar gambar pisau tajam kepada pasangan itu bagi tujuan mengugut.
Dalam pada itu, Rosaalennah sempat menitipkan pesanan kepada Farah dan meminta wanita itu supaya menerima keluarganya jika mahu bermadu.
“Apa salahnya terima saya dan anak-anak saya? Saya dah izinkan ya, suami saya pun bukan budak lagi.”
– Isteri Shuk
Daripada penjelasan isteri Shuk ini, sepertinya keluarga Farah yang tidak mengizinkan perhubungan di antaranya dengan lelaki itu.
Walau bagaimanapun, posting berkenaan didapati telah dipadam beberapa jam kemudian. Selain itu, isteri kepada Shuk tersebut juga ada mendedahkan rakaman yang memaparkan dia pernah cuba disantau dengan beberapa bukti bungkusan kuning.
Abby Abadi Komen, Shuk Mohon Reti Bezakan Intan Dan Permata
Pendedahan terbaru daripada Serra itu mendapat perhatian ramai termasuklah rakan artis iaitu Abby Abadi. Dalam satu posting di Instagram milik Shuk pula, pelakon drama bersiri ‘Gerak Khas’ itu dilihat tinggalkan komen supaya pelawak tersebut lebih tahu membezakan antara kaca dan juga permata.
Sama-sama kita tunggu penjelasan lanjut daripada mereka nanti.