Sedia memaafkan isterinya dan bersedia menerima kepulangan Nynaa, Fahmi hari ini telah pun memfailkan permohonan supaya isterinya kembali taat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Fahmi berkata lagi, dia cuba menghubungi isterinya menerusi WhatsApp tetapi hanya sekali dibalas isterinya yang mahu menghabiskan masa dengan keluarganya selain meminta menghormati keputusannya.
Mahkamah menetapkan 1 Disember untuk sebutan semula kes. Menerusi permohonan yang dibuat, Fahmi meminta isterinya kembali taat dan pulang ke kediaman mereka di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.
Fahmi juga mahu menyelamatkan pernikahan mereka supaya Nynaa kembali menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan hidup dalam kasih sayang.
Terdahulu, bapa Nyna, Harizal Hashim yang juga seorang bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini atas kesalahan mengugut dengan menggunakan pistol ke atas seorang lelaki, minggu lalu.
Sumber: Harian Metro