Beberapa hari lepas, Nadia telah mengakui bahawa suaminya sudahpun menfailkan pemohonan cerai dan sedang menunggu tarikh sesuai untuk hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan hal tersebut.
Ada Bukti Kukuh
Kali ini, menerusi laporan Harian Metro, Mu’izz sekali lagi membuka mulut mendakwa mempunyai bukti bahawa isterinya berlaku curang dan pernah melihat dari matanya sendiri pelakon tersebut berada di bilik hotel bersama lelaki lain.
“Saya sendiri nampak isteri saya bersama seorang lelaki di bilik hotel di Cyberjaya,”
– Mu’izz
Perbicaraan Ditunda Kerana PKPB
Mengulas mengenai pemohonan penceraian, ahli perniagaan tersebut memaklumkan sepatutnya tarikh perbicaraan adalah 3 November yang lalu, namun terpaksa ditunda disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan.
“Sepatutnya tarikh pembicaraan ditetapkan pada 3 November lalu, namun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kes sebutan dan bicara ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan ditetapkan kelak,”
– Mu’izz
Nekad Mahu Berpisah
Dalam pada itu, Mu’izz turut nekad dengan keputusan yang diambil kerana begitu sukar untuk memaafkan perbuatan tersebut. Dia juga enggan menjadi suami yang dayus, jadi mengambil pendekatan untuk berpisah dengan pelakon tersebut.
“Saya nekad dengan keputusan ini kerana kecurangan yang dilakukan isteri, amat sukar untuk saya maafkan. Jika saya tak ceraikan dia, saya menjadi suami yang dayus. Moga Allah lembutkan hati saya untuk maafkan perbuatannya,”
– Mu’izz
“Kenapa Saya Nak Fitnah Isteri Sendiri?”
Menyentuh berkenaan ‘fitnah’ yang didakwa isterinya, Mu’izz mengakui tidak faham apa yang dimaksudkan kerana dia melihat sendiri apa yang berlaku dan mempunyai bukti yang kukuh.
“Saya tak faham ‘fitnah’ apa yang dikatakan oleh isteri saya. Kenapa saya nak fitnah isteri sendiri? Kami baru berkahwin tak sampai setahun. Apa yang saya peroleh dari semua ini?”
“Saya ada bukti yang secukupnya. Apa yang paling penting saya nampak dengan mata kepala saya sendiri,”
– Mu’izz
Mahu bersihkan nama dan maruah
Bagi menjelaskan keadaan, dia sama sekali tidak bermaksud mengaibkan mana-mana pihak dan hanya mahu membersihkan maruah diri serta keluarga diatas hal tersebut.
Sehubungan dengan itu, Mu’izz berharap agar kisah pahit yang belaku menjadi pengajaran kepada mereka yang dicurangi kerana ada undang-undang yang boleh membantu membela nasib mereka.
” Saya tidak berhasrat untuk mengaibkan isteri tetapi saya harus bersihkan nama dan maruah saya dan keluarga.”
“Saya juga harap ini dapat dijadikan satu pengajaran kepada mereka yang dicurangi kerana ada undang-undang yang boleh membantu kita. Saya ingin episod ini berakhir secepat mungkin supaya saya boleh meneruskan kehidupan. Kebenaran itu pasti. Insya-Allah,”
– Mu’izz
Terdahulu, Nadia dan pasangannya telah bernikah pada November 2019 selepas menjalinkan hubungan cinta dan dilamar dihadapan Eiffel Tower, Paris ketika bercuti di sana.
Namun begitu, mereka didakwa sudah tidak tinggal sebumbung selepas beberapa bulan menjalani hidup sebagai suami isteri dan Mu’izz memuat naik beberapa kenyataan di Instagram berhubung kait dengan perkahwinan mereka.
*Sumber: Harian Metro