[dropcap]S[/dropcap]ejurus selepas diijabkabulkan, Liyana Jasmay & suaminya Fathuddin telah ditemubual oleh rakan media di Majlis Akad Nikah yang berlangsung pada jam 10 pagi tadi di Hotel Pacific, Kuala Lumpur.
Liyana Jasmay berkata dia langsung tidak ambil pusing jauh sekali berasa marah dengan kontroversi yang tercetus berhubung gambar pra-perkahwinan mereka yang tersebar sehingga megundang reaksi negatif banyak pihak.
“Kami (Liyana dan Fathuddin) tak bercakap sangat tentang perkara itu. Saya dah lama berada dalam industri ni sejak umur saya 9 tahun. Semua (kontroversi) yang datang hanya sementara. Tak lama nanti pasti orang akan lupa. Bagi saya, saya dah terlalu biasa dengan gosip dan kontroversi yang akan datang dan pergi. Langsung tidak menjejaskan majlis perkahwinan kami. Allhamdulillah hari ini semuanya berjalan lancar.”
[dropcap]D[/dropcap]ua minggu lalu media ada melaporkan, ibu aktres genit itu meluahkan rasa terkilan apabila gambar-gambar yang menampilkan babak romantik aksi mesra anak serta menantunya tersebar. Apatah lagi apabila ia telah melahirkan rasa tidak puas hati ramai pihak kerana ianya dilihat bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat kita.
Seperti mana si isteri, Fathuddin memberitahu dia juga tidak ambil peduli dengan hal tersebut.
“Saya tak baca dan tak ambil tahu pun. Saya hanya tumpukan pada persiapan majlis kami.”
Budiey lihat pasangan ini sangat cool dan rileks menjawab segala pertanyaan dari media. Wajah mereka sangat ceria dan berseri-seri. Dalam pada itu Liyana mencelah.
Saya ada bagi tahu dia tentang perkara itu dan terangkan pada dia yang gosip juga kontroversi memang biasa berlaku dan semua akan datang dan pergi. Sejak saya berada dalam industri, saya tak pernah dilanda kontroversi tapi cuma sekali ini saja itu pun sebelum kahwin. Mungkin ini dugaan dan Tuhan nak uji kami sikit saja. Jadi kami menghadapinya dengan tenang.”
Selamat pengantin baru buat kedua-dua pengantin.