Semalam, tanggal 8 Julai, Datin Rebecca Nur Al Islam telah berkongsi berita duka apabila suami dan enam anaknya disahkan positif Covid-19. Turut positif virus itu ialah tiga pembantu rumahnya.
Rebecca dalam satu hantaran di Instagram memaklumkan, suaminya Datuk Norazam Sulaiman dan enam anak mereka iaitu Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, 13; Nor Anggun Raverra, 9; Nor Aliff Al Raffael, 5; Nor Ahmet Al Reaggan, 2; dan Nor Aurora Riana, 2; serta tiga pembantu rumahnya iaitu Haishatul Akmal, Nur Ain dan Farrah positif virus itu.
Selain itu, tiga daripada enam orang pembantunya turut dijangkiti wabak tersebut. Hasil ujian calitan yang dilakukan Rabecca bagaimanapun menunjukkan dirinya dan dua orang lagi anaknya menunjukkan keputusan negatif Covid-19.
“Saya tersangatlah sedih sekarang ini dan terlalu berdukacita. Tapi, apapun, saya bersyukur diri saya negatif termasuk dua orang anaknya yang lain,”
“Apa yang boleh saya katakan buat masa sekarang ini, tolong doakan untuk kami sekeluarga lebih-lebih lagi suami saya yang keadaannya sedikit teruk daripada yang lain. Saya tahu suami saya kuat,”
– Rebecca Nur Al-Islam Ahmad
Pelakon berusia 35 tahun berasal dari Johor Bharu itu juga turut meminta maaf dan menyarankan kepada mana-mana pihak yang ada kontak rapat dengan mereka dalam tenpoh tujuh hari sebelum ini agar segera menjalani ujian calitan untuk tujuan keselamatan bersama.
Bagaimanapun Rebecca bersyukur apabila dia dan dua lagi anaknya Nor Arif Qayyum dan Nor Anggerik Renesmee disahkan negatif. Rebecca turut memaklumkan tukang kebun serta tiga lagi pembantu rumahnya juga negatif wabak berkenaan.
Semoga cepat sembuh!