Wanita tersebut dipercayai ditembak mati ketika sedang tidur oleh suaminya berusia 43 tahun menggunakan senapang angin.
Dipercayai punca pembunuhan tersebut bermotifkan cemburu selain polis turut menemui surat tuntutan fasakh di rumah mereka.
“Siasatan awal yang dijalankan ke atas suami mangsa, mendedahkan berlaku perselisihan faham antara mereka pada Isnin lalu sebelum mangsa keluar rumah pada Isnin lalu kira-kira jam 2 pagi.
“Berdasarkan siasatan, suami mangsa telah mengaku membunuh isterinya di rumah mereka dengan menembak menggunakan senapang angin dan selepas itu mayat isterinya dimasukkan ke dalam tong air berwarna biru bersama kain cadar,” jelas Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay
Mayat mangsa ditanam oleh suaminya menggunkan jengkaut sedalam 2 meter. Selain itu, suami mangsa juga seorang pemandu jengkaut.
Difahamkan, sebelum ini pembunuh merupakan seorang suami yang romantik dan bapa yang penyayang.