Amyza berkata, suaminya kini terpaksa menjalani dialisis seumur hidup kerana mengalami kerosakan buah pinggang.
“Pada mulanya doktor memang bercadang hendak tidurkan suami buat kali kedua semalam, tetapi tidak jadi.
– Amyza
“Bagaimanapun, suami perlu menjalani dialisis kerana buah pinggangnya sudah rosak sepenuhnya, selain toksin yang sudah memenuhi keseluruhan badan,”
Menurut Amyza lagi, suaminya kini berada dalam pemantauan doktor berikutan keadaannya yang turun naik.
“Sekarang, suami sedar, tapi lemah. Semalam keadaannya agak merisaukan,”Â
– Amyza
Terdahulu, Khairil Idzhar dilaporkan sudah sedar selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang sejak 25 Disember lalu.