in

Style Yang Memudahkan & Menjimatkan Masa Budiey

Bagi Budiey yang sentiasa sibuk dengan kerja sebagai blogger ni, memasak di dapur adalah sesuatu yang agak jarang dilakukan. Kalau buat pun mesti ‘orang rumah’ cakap, buang tabiat ke apa ni? Sesuatu yang luar biasa atau aneh bin ajaib. Itulah, memang malas nak masak sebab memasak ni menggunakan masa yang banyak. Jadi, Budiey rasa membazir masa je. Lagi pun, Budiey sekarang ni, bukanlah makan banyak sangat pun. Diet-lah katakan.

Namun, yang berlaku baru-baru ini, Budiey terpaksa jugak masuk dapur, masak sendiri untuk dua tiga hari sebab isteri balik kampung. Kebetulan ada kawan-kawan mahu datang lepak-lepak kat rumah sambil menonton siaran tertunda MTV EMA, jadi nak tak nak kenalah masak sesuatu yang best kan? Terus terang Budiey cakap kat sini, memang Budiey tak pandai masak. Masak air pandai lah. Haha.

Jadi, sebab kesuntukan masa, terpaksalah Budiey berfikir makanan apa yang senang dimasak, mudah disediakan dan dihidangkan tapi dalam masa yang sama semua tetamu Budiey kenyang dan suka hati. Fikir punya fikir, baik Budiey ke pasaraya untuk membeli makanan segera. Dalam kepala, Budiey duk bayangkan tiada yang lain paling segera yang sedap selain mi segera. Pasti ramai yang bersetuju dengan pendapat Budiey ni, tak gitu?

Mi Sedaap

Di pasaraya, banyak sekali jenama mee segera tapi ada satu jenama yang menarik perhatian Budiey iaitu Mi Sedaap – Instant Cup. Korang pernah dengar kan?

Nah! Budiey pun belilah. Haa, tengok ni. Banyak kan? Cukuplah buat stock sebulan!

Mi Sedaap

Budiey belum cuba dan tanpa berlengah-lengah lagi, Budiey membeli Mi Sedaap – Instant Cup dalam beberapa perisa.

Kalau nak tahu, Mi Sedaap ni adalah mi nombor satu dalam kategori Mi Goreng. Jadi, jelas di sini membuktikan jenama mi segera yang satu ni, bukan calang-calang ye. Kira terkenal dan popular lah. Sebut je nama, semua orang tahu.

Terbaru, Mi Sedap baru sahaja melancarkan Mi Sedaap Cup dalam tiga perisa iaitu Mi Sedaap Goreng, Soto dan Baso. Budiey teruja sangat nak cuba.

Antara perisa yang menarik perhatian Budiey ialah Mi Sedaap Goreng dan juga Mi Kuah Rasa Baso Special. Tak pernah ada lagi rasanya perisa Baso macam ni kat Malaysia. Tu yang menariknya. Oh ya lengkap dengan sayuran kat dalam tu. Harganya pun boleh tahan, lebih murah sebenarnya. Berbaloilah kalau nak dikira sebab mi yang sangat segar, lebih enak dan lebih tebal. Yang bestnya pasal Mi Sedaap ni adalah kriuk-kriuk yang bawang putih keringnya yang ranggup.

Mi Sedaap

Okay, nak review sikit pasal Mi Sedaap – Kuah Rasa Baso Special ni. Seperti juga soto, baso adalah resipi adalah masakan turun temurun dari Indonesia. Terdapat bebola di dalamnya. Sedaap… Oh ya, sebelum tu, nak sentuh sikit pasal packaging produk ni. Terutama sekali, ianya menggunakan konsep SmartCup yang dilengkapi dengan pembuka SmartLid. Smart Cup ni cukup selesa dipegang dan kemasannya cukup menarik. Cawannya bulat dan besar serta ditutup rapat agar ke isi dalamnya terpelihara.

Penutupnya senang dibuka dan garfu yang disediakan juga sangat unik. Dalamnya ada perencah bumbu bubuk, cili, sayuran kering, minyak bumbu dan serbuk gurih.

Selain itu, Budiey rasa, mee nya lebih tebal dari produk lain. Tak percaya, cubalah korang bandingkan sendiri. Senang dicerna dan dihadam. Okay, bumbunya sangat lengkap, itulah yang menjadikan rasanya bertambah enak dan kadang-kadang anda boleh rasakan satu cup tak cukup untuk sekali makan. Rasanya cukup kenyal dan tekstur mee nya membuatkan kelazatannya berkali ganda.

Anda semua dah pernah rasa Mi Sedaap yag baru tu? Okay, fine…. kalau belum cuba, Budiey nak sarankan anda kena cuba sekali.

Ada kawan Budiey cakap, iklan Mi Sedaap ni asyik duk ulang di kaca TV buat dia juga teringin dan terliur nak cuba. Tengok dalam iklan macam sedap je kan. So apa lagi, kena rasa jugak. Part yang paling sedap mestilah bawang goreng dia. Kan?

Mi Sedaap

This is what it looks like bila dah campur semua serbuk perencah, cili dengan minyak. Bawang goreng macam biasalah, bubuh last sekali. Semerbak bau dia satu rumah. Macam bau mi yang real pula.

Mi Sedaap

Biasanya Budiey akan bubuh sayur atau ayam dalam mi instant ni. Tapi sebab Budiey makan ni pertama kali, Budiey nak rasalah rasa original dia.

Nah, korang bila lagi nak cuba?

Dengan jadual yang padat, kerja tak menentu, pagi petang dan malam… asyik kerja-kerja-kerja. Memang ada masa dan ketikanya, Budiey tak sempat nak masak nasi atau ke restoran untuk isi perut.

Tapi dengan adanya Mi Sedaap, pastinya Budiey kini dah tak risau lagi untuk mengalas perut. Ye lah, korang pun tahu la kan, kadang-kadang tu Budiey nak kena cepat, rushing ke event. Asyik kejar masa. Fuh, selain ia mengenyangkan, Mi Sedaap ni menjimatkan masa Budiey. Ini menjadikan Budiey lebih produktif dan lebih bertenaga untuk ke event dan bekerja.

Percayalah, cukup senang untuk sediakan Mi Sedaap ni sebab tak perlu nak sediakan pinggan. Yang kita perlukan hanyalah air panas je.

Pendek kata, apabila dah ada produk Mi Sedaap dalam cup macam ni, memudahkan gaya hidup Budiey sebagai penulis blog. Kalau tengah malam tu, apabila perut rasa lapar dan tak boleh tahan sangat, apa lagi, Mi Sedaap la jawapannya.

Senang untuk disediakan, cepat untuk dihidangkan dan lazat serta enak apabila menikmatinya.

Kalau macam ni lah, nampak gayanya Budiey tak perlu risau lagi untuk travel jauh-jauh. Biasanya kalau kena kerja out-station, Budiey akan singgah di restoran, tapi sekarang ni tak perlu lagi sebab dah boleh bawa Mi Sedaap sebagai bekal.

Begitu juga kalau dapat peluang ke oversea, Budiey akan bawa Mi Sedaap banyak-banyak sumbat dalam beg tu sebagai bekalan kat negara orang. Lagi pun, Mi Sedaap ni disahkan halal, jadi ini menjadikan Budiey takde nak ragu-ragu lagi untuk menikmatinya di luar negara. Faham-faham sendiri lah ye, tak semua mi kat luar negara tu boleh kita makan, betul tak?

Kesimpulannya, Mi Sedaap membuatkan kehidupan kita semua lebih mudah. Walau siapa pun ada dan apa kerja yang anda lakukan.

Untuk info lanjut, sila layari: www.misedaap.com.my dan jangan lupa LIKE facebook.com/misedaap

Mi Sedaap

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ratu Dangdut Amelina Buat Comeback

Review Hotel Grand Lexis Port Dickson