Gabung Elemen Sukan dan Hiburan
Astro hargai kesetiaan para pelanggan dengan anjurkan pertandingan boling
Sejajar dengan slogan Mempersonakan Kehidupan, Astro sentiasa berusaha memenangi hati lebih tiga juta para pelanggannya. Sejak dilancarkan hampir 16 tahun yang lalu, Astro sememangnya sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia. Justeru, bagi menghargai kesetiaan para pelanggan selama ini, Astrolife menerusi Astro Prima menganjurkan Strike, Fiesta Boling Astro yang akan memulakan ujibakat tidak lama lagi.
Strike, Fiesta Boling Astro ini merupakan sebuah program yang menggabungkan elemen sukan dan hiburan untuk mencari trio pemain boling paling berbakat di kalangan pelanggan Astro dari seluruh negara. Strike, Fiesta Boling Astro masih mencari peserta handalan yang mampu menjatuhkan pin terbanyak, namun suasana pertandingan akan berkonsepkan retro termasuk gaya penampilan para peserta. Program ini akan bersiarkan di Astro Prima (Saluran 105) selama empat episod setiap Sabtu, jam 9 malam bermula 31 Mac 2012.
Pengurus Kumpulan Saluran Hiburan Astro, Cik Azlin Reza Azmi berkata, “Sebagai bukti penghargaan Astro kepada para pelanggan, kami hadir dengan sebuah pertandingan boling berkonsepkan hiburan yang pertama seumpamanya di negara ini. Biarpun matlamat program ini mencari pemain boling handalan, namun kami menyuntik pelbagai elemen kekeluargaan dan semangat kesukanan ke dalam program Strike,Fiesta Boling Astro untuk dipertontonkan di televisyen. Kami berharap program yang mempromosikan kehidupan sihat mental dan fizikal yang padat dengan elemen hiburan ini akan mendapat sambutan yang menyeluruh daripada para pelanggan setia kami”.
Juara Strike, Fiesta Boling Astro akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 beserta trofi, pingat dan sijil.. Manakala pasukan naib juara pula akan membawa pulang RM3,000 beserta trofi, pingat dan sijil.Di samping itu, pelbagai hadiah kategori turut disediakan kepada para peserta. Antaranya, Perfect Game, Best Dress Team, Awesome Pose, Fabulous Victory Cheers dan Mr dan Ms Cool.
Pihak produksi akan mengunjungi empat buah negeri bagi mengenal pasti peserta-peserta yang dilihat layak untuk menyertai program ini di lokasi-lokasi berikut:
1. JOHOR D-Bowl @ Danga City Mall, Johor Bahru 18 Februari 2012
2. PAHANG Premium Lanes @ Sunshine Square, Bayan Baru, Penang 25 Februari 2012
3. PULAU PINANG Kuantan Mega Lanes @ Berjaya Mega Mall, Kuantan 3 Mac 2012
4. KUALA LUMPUR Sunway Mega Lanes @ Sunway Pyramid 10 Mac 2012
Setiap pasukan mestilah terdiri daripada tiga orang peserta warganegara Malaysia dan wajib dianggotai oleh sekurang-kurangnya seorang pelanggan Astro, seorang ahli bawah 15 tahun (pada 18 Februari 2012) dan seorang lagi ahli bebas. Ketua pasukan wajib membawa bil Astro terkini sebagai bukti pelanggan.
Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 9.00 pagi namun para peserta dinasihatkan untuk datang awal kerana hanya 50 peserta yang terawal sahaja akan diberikan borang penyertaan dan dibenarkan untuk bermain di peringkat pemilihan di setiap negeri. Sebanyak 10 pasukan yang memperoleh jatuhan pin tertinggi di setiap lokasi ujibakat akan terpilih untuk bertanding di peringkat suku akhir di Kuala Lumpur.
Program realiti Strike – Fiesta Boling Astro ini bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro PRIMA (saluran 105). Episod pertama akan ditayangkan pada setiap hari Sabtu, jam 6.30 petang bermula 31 Mac ini untuk mengimbas kembali rakaman semasa sesi ujibakat sehinggalah pusingan akhir yang akan berlangsung secara gilang-gemilang berkonsepkan disko dan retro yang turut akan dihadiri oleh ramai selebriti terkenal tanahair untuk memberikan sokongan kepada para peserta.
Untuk syarat-syarat penyertaan dan informasi lanjut, layarilah laman web www.astro.com.my/astrolife dan www.facebook.com/astro.
Jadi, datanglah beramai-ramai ke lokasi ujibakat di lokasi dan tarikh yang dinyatakan dan jangan lupa menonton Strike di Astro Prima (Saluran 105).