in , ,

Strategi Think City Dalam Melestari Bandar Perkasa Potensi Warisan

Warisan Budaya Wilayah Utara : Komuniti, Pihak Berkepentingan & Think City Mengetengahkan Rangkaian Sejarah Yang Kaya

Think City, sebuah organisasi berimpak tinggi terus komited dengan strateginya untuk menyumbang kepada kelestarian dan kemampanan bandar. Organisasi ini telah menganjurkan tayangan dokumentari, yang menceritakan betapa pentingnya usaha menghubungkan bandar sekunder di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia.

Usaha ini bukan sahaja memelihara pusat arkeologi dan warisan serantau tetapi juga menyampaikan bagaimana kawasan ini dapat memanfaatkan aktiviti ekonomi berasaskan budaya. Think City menerajui inisiatif ini dengan sokongan Yayasan Hasanah, di bawah naungan Kementerian Kewangan.

Strategi Think City Dalam Pelestarian Bandar Kini Memperkasa Potensi Warisan

Tayangan khas ini memaparkan tiga dokumentari menarik, setiap satu menceritakan tentang kekayaan warisan budaya dan kepentingan sejarah di Wilayah Utara.

Dihasilkan oleh penerbit filem dokumentari terkenal Iman Corinne Adrienne dan Serpentiga Films, dokumentari ini memfokus pada Program Rangkaian Arkeopelancongan Wilayah Utara (NRAN), yang bertujuan menghubungkan lokasi sejarah dan budaya di seluruh Wilayah Utara, dengan tumpuan awal di Lenggong dan Lembah Bujang.

Dalam ucapannya, Timbalan Menteri Kewangan II, YB Steven Sim menekankan betapa pentingnya untuk memulihara dan mempromosi aset sejarah dan budaya di samping merancakkan ekonomi berasaskan budaya.

Strategi Think City Dalam Pelestarian Bandar Kini Memperkasa Potensi Warisan

Menurut beliau, “Pelancongan, kebudayaan dan pelancongan berasaskan sejarah mempunyai potensi yang sangat besar. Belanjawan 2023 telah memperuntukkan 250 juta untuk promosi pelancongan (50 juta untuk tapak-tapak UNESCO, Pulau Pinang dan Melaka)… Dengan usaha yang telah dilancarkan oleh Think City dan benih yang disemai oleh Prof Datuk Dr Siti Zuraina, kini usaha ini bercambah bukan sahaja di Lenggong. Saya yakin kerajaan akan terus berikan perhatian kepada sektor pelancongan bukan sahaja sejarah am khususnya kepada pelancongan kebudayaan dan sejarah.

”Dokumentari yang telah menarik perhatian penonton adalah:”Menjelajah Wilayah Utara Malaysia”: Gambaran keseluruhan objektif program dengan mempamerkan usaha serta dedikasi untuk memelihara dan mempromosi warisan budaya Wilayah Utara.

“Lembah Lenggong: Mencungkil Masa Silam”: Mempamerkan penemuan arkeologi dan aset budaya Lenggong, dengan sudut pandangan berharga tentang antropologi dan sejarah Malaysia yang kaya “Lembah Bujang: Tamadun Terawal Malaysia”: Meneroka aset arkeologi dan budaya Lembah Bujang, dengan mengetengahkan peranannya sebagai pusat tamadun awal di Malaysia.

Ucaptama majlis disampaikan oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr Siti Zuraina Abdul Majid, seorang perintis arkeologi dan pakar yang disegani dalam bidang ini. Menurut beliau, “Adalah tanggungjawab kita untuk memelihara tapak-tapak (Lembah Lenggong & Lembah Bujang) ini bukan sahaja untuk Malaysia tetapi untuk masyarakat tempatan dan sedunia. Ia telah membuktikan bahawa migrasi atau perjalanan manusia awal dari Afrika ke Australia, telah melalui Perak. Rangka Perak Man mempunyai banyak signifikan, diantaranya menyumbang terhadap sejarah sains perubatan dunia.”

Strategi Think City Dalam Pelestarian Bandar Kini Memperkasa Potensi Warisan

Sambung beliau lagi, “Pengiktirafan UNESCO ini sangat diidamkan oleh negara lain kerana ia memang boleh meningkatkan ekonomi dan juga jatidiri sesebuah negara.”Acara ini merupakan program kemuncak inisiatif Think City dalam NRAN bermula bulan April 2022.

Inisiatif ini tertumpu kepada usaha mengoptimum semula dan merangkaikan aset warisan bersama arkeopelancongan, warisan budaya dan lokasi semulajadi sebagai pemacu daya tahan ekonomi dan pertumbuhan sosio-ekonomi.

Projek bernilai RM10 juta ini bertujuan mewujudkan pekerjaan baharu serta menarik pelaburan di lokasi yang disasarkan, di samping mempamerkan kekayaan warisan dan sejarah negara. Ianya juga bertujuan mengukuhkan ekosistem lokasi berkenaan, mewujudkan pelbagai pusat hentian dan pintu gerbang ke dalam jaringan rangkaian Wilayah Utara, dengan naratif yang menyeluruh. Program yang dijalankan selama beberapa tahun ini telah dicipta khas untuk melestari dan meningkatkan pembangunan ekonomi tempatan.

Strategi Think City Dalam Pelestarian Bandar Kini Memperkasa Potensi Warisan

Menurut Hamdan Abdul Majeed, Pengarah Urusan Think City, “Program Rangkaian Arkeopelancongan Wilayah Utara adalah satu usaha beraspirasi tinggi bagi merangkaikan warisan sejarah yang kaya, lokasi budaya, keindahan alam semula jadi, warisan arkeologi dan monumen di Wilayah Utara.

Seperti yang terpamer dalam dokumentari berimpak tinggi ini serta barisan penerima geran, inisiatif ini turut bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pihak kerajaan, pihak berkepentingan, komuniti setempat, serta masyarakat menyeluruh.

Strategi Think City Dalam Pelestarian Bandar Kini Memperkasa Potensi Warisan

Ianya memberi penekanan kepada kekayaan sejarah serta pentingnya langkah memelihara dan memulihara wilayah ini, demi masyarakat yang berbilang bangsa.”

“Walaubagaimanapun, kita baru mengorak langkah di peringkat awal perjalanan ini. Kelansungan program ini perlu diteruskan melalui perkongsian, kerjasama, sokongan sektor kerajaan dan swasta, termasuk usaha meningkatkan pembiayaan.

Strategi Think City Dalam Pelestarian Bandar Kini Memperkasa Potensi Warisan

Inisiatif memelihara warisan budaya Malaysia adalah usaha bersama, dan kami harapkan pengumuman Bajet 2024 akan memberi peruntukan untuk terus memangkin pertumbuhan di bandar-bandar ini,” tambahnya.

Acara hari ini meraikan 18 penerima Program Geran Pemangkin Ekonomi Budaya, Kitaran 2, satu komponen penting NRAN.

Program ini bertujuan memperkasa individu dan organisasi untuk terlibat secara aktif dalam usaha memelihara dan mempromosi warisan budaya. Sehingga kini, dua kitaran program telah berlangsung, melibatkan 42 penerima geran bagi melaksanakan program mereka.

Kedua-dua kitaran geran telah memberi sumbangan yang besar kepada Negeri Perak. Rangkaian yang lebih besar ini juga telah berjaya menghubungkan kawasan lain termasuk Wang Kelian dan Kedah. Think City turut bekerjasama dengan 14 organisasi untuk geran perkongsian dan terlibat dalam 4 projek sebagai sebahagian daripada inisiatif pengurusan.

NRAN kini telah memperoleh nilai gabungan RM15.6 juta di rantau ini melalui pelbagai geran, perkongsian dan inisiatif pengurusan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAFEE SALI

Astro Arena Terbitkan Dokumentari Lagenda Bola Sepak Safee Sali ‘SEPULUH’

Aizat Manshahar

Aizat Manshahar Beranikan Diri Lancar Single Ciptaan Sendiri Berjudul INI DUNIA