Steve & Shazmin sertai The Lite Breakfast bermula 3 Mac 2014. Pasangan duo terbaru ini akan menghangatkan para pendengar dengan lawak jenaka, keserasian, muzik terbaik dan tidak dilupakan cadangan-cadangan makanan yang menarik. Secara kebetulan, Steve & Shaz berkongsi satu ciri yang sama – pencinta makanan!
Mempunyai pengalaman bertahun dalam radio dan industri hiburan, Steve & Shaz kedua-duanya merupakan pasangan juruhebah ideal dan sebagai saluran komunikasi kepada semua infotainment untuk para pendengar Lite FM.
Steve & Shazmin
Steve & Shazmin sertai The Breakfast Show pada 3 Mac 2014
“Kami berasa gembira dengan adanya Steve & Shaz bersama, memandangkan personaliti dan pengalaman hidup mereka adalah sangat ideal untuk bercerita dan berkongsi dengan orang ramai, mengenai kehidupan sebenar dan kisah benar” kata Aaron Pinto, Pengurus Rangkaian Kandungan Astro Radio.Kami percaya pasangan duo ini akan memberikan pengalaman mendengar radio yang terbaik kepada pendengar-pendengar Lite FM. Shazmin Shamsuddin, seorang personaliti radio mempunyai pengalaman ke udara selama 17 tahun, dengan 10 tahun di The Breakfast Show, kini kembali ke radio pagi bersama All New Lite Breakfast. Menjadi seorang ibu, wanita berkarier, pencinta haiwan, Shaz menguruskan gaya hidupnya dengan mempunyai perancangan kerja-peribadi yang terancang. Berbekalkan semua pengalaman ini, Shaz mampu berhubung dengan semua lapisan masyarakat. Pastinya Shaz akan membawa gaya baru dan pandangan yang menekankan kepentingan hidup kepada para pendengar,” tambah Pinto.
Bagi Steve, selain cintanya pada makanan, dia adalah seorang ‘family man’, dengan seorang isteri, dan tiga orang anak lelaki yang semuanya disayangi dengan sepenuh hati. Minat Steve sentiasa ke arah muzik dan hiburan, maka sebaik sahaja menamatkan pengajian ijazahnya dalam bidang Kejuruteraan Komputer, dia memulakan kariernya di stesen radio swasta. Sejak dari itu, Steve telah berada dalam industri radio selama tiga belas tahun. Dengan penyertaan Steve dalam The Lite Breakfast, dia akan membawakan satu dimensi baru kepada para pendengar Lite FM.
Dengan adanya gandingan baru Steve & Shaz, mereka sangat teruja untuk memenangi hati para pendengar dengan menjanjikan muzik terbaik, perbincangan menarik dan tips – tips dalam kehidupan.
Dengarkan kedua-dua personaliti terkenal ini mendedahkan rahsia kejayaan mereka dan pengajaran tetang kehidupan yang sangat berharga. Anda juga boleh berkongsi bersamapada Steve & Shaz untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai topik kehidupan, seperti keluarga, anak-anak, hobi dan gaya hidup.
Steve & Shaz telah pun memulakan tugas mereka di konti Lite FM pada 3 Mac 2014 lalu mendapat reaksi yang baik dari pendengar Lite FM. Rancangan The Lite Breakfast berkeudara dari jam 6 pagi hingga 10 pagi, Isnin hingga Jumaat, dibawakan kepada anda oleh Maybank. Untuk maklumat lanjut, layari www.litefm.com.my