Dalam ruangan gosip sebuah akhbar menyebut, dengarnya ada sebuah saluran televisyen sudah merangka-rangka hendak membikin sebuah program yang ala-ala Keeping Up With Kardashians mengenai Emma Maembong dan adik-beradiknya.
Tajuk program berkenaan diberi judul, ‘The Maembongs’. Wah, hebatlah. Mesti banyak ragam dan drama dalam ‘The Maembongs’ nanti (kalau jadilah).
Bukan sahaja Emma, Chacha, Shikin, Yaya yang selama ini pun sudah banyak drama, tambah pula dengan ayah mereka pelukis terkenal negara, Ismail Embung yang semakin popular dengan status-status Facebook yang menaikkan bulu roma, mesti rancangan itu meletup-letup macam bertih jagung. Emma dan kekasihnya pun sudah berbaik semula, bolehlah masuk drama lagi nanti.
Pendek kata, ‘drama’ dan kontroversi anak beranak Maembong sebelum ada program televisyen sendiri pun berjaya mencuri tumpuan ramai, apatah lagi apabila memang khas kena bikin drama untuk televisyen, tentulah lagi menarik, kan.