Berdasarkan keputusan kaji selidik tersebut, stesen radio Suria FM mencatat peningkatan yang memberangsangkan dalam peratusan jumlah pendengar sebanyak 10.37% dari tahun sebelumnya. Ini sekaligus meletakkan kedudukan Suria FM di kedudukan keempat teratas dikalangan stesen radio berbahasa Melayu dan juga secara keseluruhan di antara radio komersial di Malaysia.
Suria FM berjaya mencatatkan peningkatan sehingga 2.9 juta pendengar. 88% daripada jumlah ini merupakan pendengar dari kawasan pusat bandar dengan 50% jumlah pendengarnya memperoleh pendapatan seisi rumah lebih daripada RM4,000 keatas.
“Suria Cinta” kekal sebagai segmen radio yang mempunyai tempoh masa tertinggi dihabiskan untuk mendengar (TSL) di antara empat stesen radio berbahasa Melayu tertinggi iaitu selama 2 jam 34 minit sepanjang Isnin hingga Jumaat dari jam 8 malam hingga 1 pagi. Segmen Team Pagi Suria dan Hello Suria pada hari Sabtu jam 2.00 petang hingga 6.00 petang pula mencatatkan peningkatan pendengar eksklusif yang tertinggi di antara semua stesen radio komersial berbahasa Melayu untuk W2 2020 sebanyak +27% dan +16% berbanding tahun lepas.
Suria FM juga mengekalkan peningkatan jumlah pendengar yang tertinggi di kawasan Utara Semenanjung Malaysia sebanyak 34.35% berbanding tahun sebelumnya dan juga 14.20% di kawasan Selatan Semenanjung Malaysia.
Suria FM juga membuktikan kedudukannya sebagai salah satu saluran digital kreatif pilihan ramai apabila platform digital Suria iaitu media sosial Suria Malaysia, laman web www.suria.my dan YouTube Suria TV meraih hampir dua juta pengikut dan tontonan.
Terbaharu, program digital Suria Duo X yang dianjurkan baru-baru ini mencatatkan lebih satu juta tontonan dan penglibatan melalui radio dan beberapa platform digital Suria seperti entri melalui Instagram, episod mingguan di Facebook dan YouTube, serta penglibatan komuniti melalui kelab peminat artis dan penyokong finalis Suria Duo X. Malah, seramai lebih 5000 orang jumlah penonton yang menonton siaran langsung secara serentak ketika episod finale Suria Duo X.
Bukan itu sahaja, pendengar kini juga boleh mengakses dan mendengarkan Suria FM melalui aplikasi SURIA mahupun laman web 24 jam setiap hari, dimana-mana sahaja, pada bila-bila masa.
Sehingga kini, seramai 770 ribu orang telah memuat turun aplikasi SURIA menerusi AppStore dan Playstore.
Menurut Pengurus Kanan Suria, Cik Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, “Suria FM sentiasa akan berusaha memperbaiki prestasi seiring dengan perkembangan teknologi dunia digital pada masa kini. Keputusan ini juga membuktikan bahawa radio masih relevan menjadi pilihan masyarakat sebagai sumber hiburan dan maklumat.”
“Untuk memberikan kepuasan mendengar radio dan memenuhi keperluan kandungan untuk sasaran pendengar, kami akan sentiasa meneroka idea kandungan baru dan pelbagai platform antaranya melalui platform radio, digital dan siri jelajah (on ground) secara lebih kreatif.” tambah DJ Lin.
Terima kasih atas kesetiaan anda mendengarkan radio Suria FM dan menjadikan Suria FM radio pilihan nombor satu anda.
Suria FM adalah sebuah stesen radio swasta yang dikendalikan oleh Rimakmur Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik Star Publications (M) Berhad.
Sumber data daripada GfK Radio Audience Measurement (RAM), Wave 2,2020 | Facebook Analytics & Insight, July – September 2020 | Twitter Analytics, July – September 2020 | YouTube Analytics, July – September 2020 | Google Analytics, July – September 2020 | TikTok Analytics, July – September 2020 | Suria Web and App Database, July – September 2020.
Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk laman web Commercial Radio Malaysia (CRM), https://www.commercialradio.my/.