Penyanyi Boyzone, Stephen Gately meninggal dunia semalam pada usia 33 tahun. Kejadian berlaku ketika dia sedang bercuti dengan pasangannya di Mallorca, Sepanyol.
Menurut laporan laman web www.telegraph.co.uk, punca kematian Stephen belum lagi diketahui. Tetapi ada yang melaporkan, dia telah keluar minum pada malam itu. Selepas itu, dia pulang ke biliknya untuk tidur. Malangnya, dia tidak bangun selepas itu.
Mesej terakhir Stephen di Twitter bertarikh 6 Oktober memaklumkan tentang niatnya untuk fokuskan masanya selepas ini pada menyiapkan bukunya.