in

Status Halal Hanya Dari JAKIM

Usai event Pertunjukan Fesyen Bianco Mimosa di PWTC minggu lalu, Budiey telah menerima panggilan dari Ben yang mengajak Budiey untuk hadir mendengar satu taklimat ringkas tentang proses pensijilan Halal oleh Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Wah, satu perkara atau isu yang menarik untuk dibincangkan di blog ni, memandangkan ia menjadi perbualan hangat di laman sosial ketika ini. Tanpa berlengah lagi Budiey terus pecut ke Putrajaya.

Budiey sangat teruja tau sebab ini adalah kali pertama Budiey sampai kat sana. Jadi, nak ucapkan terima kasih kepada Ben sebab sudi mengajak Budiey. Bukan apa, memang penting gak meeting bersama JAKIM ni sebab dari sinilah Budiey akan tahu tentang macamana proses pensijilan Halal dibuat. Orang kata itulah pentingnya, pengetahuan am, kan?

Semua orang tahu JAKIM adalah pihak berkuasa untuk perakuan halal dan pihak berwajib yang mengawal selia garis panduan halal tertinggi di Malaysia. JAKIM juga adalah satu-satunya badan Malaysia yang ditugaskan untuk memastikan produk yang dikeluarkan menuruti undang-undang Islam.

Pasti ada yang tertanya-tanya, apa sebab Budiey tetiba ada kat sana? Kenapa beria-ia sangat nak tahu tentang proses pensijilan Halal? Budiey nak launching produk makanan ke apa ke?

Eh, tak lah. Jawapannya, Budiey ke sana dengan tujuan utama untuk menambahkan infomasi tentang pensijilan halal. Yelah, tak semua info kita akan dapat melalui internet kan. Jadi, ada eloknya, Budiey dengar sendiri dengan JAKIM, ye dok? Lagi clear water kata orang.

Tak dinafikan, Budiey sangat tertarik dengan topik ini kerana sekarang ini, memang heboh tentang beberapa perkara yang melibatkan hukum halal dan haram yang dibuat oleh JAKIM.

Di entri ini, Budiey nak cerita panjang pasal tentang status pensijilan halal produk coklat. Itu semua orang mungkin tidak tahu prosedur yang dilakukan oleh JAKIM?

Budiey memilih untuk bercakap dan menulis tentang isu ini adalah kerana ianya bersangkut-paut dengan kita sendiri sebagai orang Islam. Memang kita patut mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dan mencari pencerahan pd segala perkara yang kita tak tahu. Itu pentingnya, kita mendalami ilmu, kan?

Tambahan pula, topik ini menjadi topik utama yang diutamakan oleh JAKIM sepanjang meeting tersebut. Budiey lihat isu ini menjadi bertambah besar kerana ianya hangat diperkatakan di media sosial.

Apa yang Budiey nak beritahu semua ialah tentang proses pensijilan Halal Malaysia. Ya, ramai yang tak tahu tentang ini. Budiey sendiri pun tak tahu, sehinggalah menghadiri taklimat yang disampaikan oleh pegawai JAKIM, barulah Budiey tahu sedikit sebanyak.

Budiey ada terbaca siaran media yang dikeluarkan oleh JAKIM pada 3 Jun lalu yang mengesahkan dan membuat pencerahan tentang isu HALAL ini. Apa yang penting, Budiey rasa isu ini taklah sebesar mana pun sebenarnya. Cuma tersilap sikit je. Tapi bila dah perkara ni terang lagi bersuluh dan pihak JAKIM telah menjernihkan keadaan dengan keputusan ujian yang disahkan di mana produk tersebut bebas daripada DNA khinzir. Ternyata sekarang ini, semua produk coklat yang diperbuat dan dijual di Malaysia adalah sejajar dengan garis panduan halal JAKIM.

Sesuatu produk makanan seharusnya mendapat pengesahan dan pensijilan halal dari JAKIM. Sekarang ini, zaman serba canggih, permohonan dapat dibuat melalui pendaftaran secara online. Setelah mewujudkan ID dan kata laluan, pihak JAKIM akan mengesahkan akaun dalam masa 24 jam dan bermulalah proses penghantaran dokumen sokongan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas permohonan online dihantar. Selepas proses semakan dokumen dibuat, caj pemprosesan dibuat dan proses kelulusan mengikut tarikh Mesyuarat Panel Pensijilan dijalankan. Jika diluluskan sijil akan dikeluarkan dalam tempoh 5 hari bekerja. Jika gagal, pihak pemohon akan dimaklumkan melalui surat rasmi.

Permohonan akan ditolak jika terdapat beberapa perkara seperti syarikat yang mengeluar telah mengeluarkan produk yang tidak halal, bahan semulajadi yang tidak melibatkan sebarang pemerosesan, ubat-ubatan atau produk yang dikategorikan sebagai keluaran farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, pewarna rambut dan produk siap diproses.

Melalui penerangan yang Budiey dengar, membuktikan sikap ketelusan pihak JAKIM sebagai badan yang mengiktiraf sesuatu produk itu halal atau tidak. Setelah ada sedikit kekeliruan, pastinya, dengan penjelasan seperti ini membuatkan kita semua yakin untuk mengguna semula produk

Memandangkan kita juga perlu mencari jalan pencerahan atau dalam erti kata lain, kita kena clarify atau sahkan samada apa yang kita baca di sosial media, betul atau tidak.

Orang ramai perlu tahu satu perkara sahaja iaitu, Sijil Halal Cadbury hanya ditarik sementara untuk siasatan dan bukannya dibatalkan seperti yang didakwa di media massa. Itu je sebenarnya.

Berbalik pada keadaan masa sekarang ni, Budiey kira, kita semua perlu yakin dengan seyakinnya, tanpa ragu-ragu lagi dengan pengesahan halal produk ini. Sebab Budiey rasa susah gak bila kita semua jadi was-was atau ragu-ragu dengan sesuatu produk tu.

Bak kata orang, JAKIM ni seperti tuan imam manakala pengguna pula adalah sebagai makmum. Jadi, apa-apa pun kita semua kena percaya dengan apa yang ditentukan oleh JAKIM dalam soal halal dan haram.

Akhir kata, amatlah tidak ada kesudahan yang baik jika kita sangkal perkara ini lagi dan lagi bertambah teruk bila ditokok lagi dengan kata-kata yang tidak elok ditulis di sosial media. Semoga dengan isu ini, minda kita menjadi lebih positif dan terbuka untuk menerima seadanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Misi Bantuan Pesawat Airasia Indonesia QZ8501 Yang Hilang

Media Prebiu Filem SEVENTH SON