Dia, perempuan cantik macam ratu yang sudah pun menjadi isteri kepada pelakon Eizlan Yusof pada tanggal 7 Julai lalu yang berlangsung di rumah Vie Shantie di Taman Kingfisher, Likas, Kota Kinabalu, Sabah dengan RM77,777 wang hantarannya. Lumayan!
Namun malangnya, sebelum beberapa hari mendirikan istana cinta bersama Vie Shantie, Eizlan Yusof diuji dengan cubaan sangat dahsyat.
Berikutan kenyataan Shantie di dalam sebuah majalah hiburan tempatan yang mengakui dirinya masih ‘dara’ dan tidak pernah mengalami cinta monyet, membuatkan ahli keluarga bekas suami sangat kecewa. Sebaliknya, mereka telah mendakwa bahawa Shantie kononnya pernah mendirikan rumah tangga dengan anak VIP. Buktinya, sila lihat gambar di bawah.
Atau ni dah macam kes video klip Ella dan Jojie atau pelanduk dua serupa? Ini semua menimbulkan pertanyaan dan teka-teki. Ramai juga peminat yang marah. Di entri perkahwinan pasangan ini, banyak juga tohmahan dan kejian yang diterima yang mendakwa Vie Shantie seorang yang tidak bercakap benar.
Bagaimanapun, Eizlan tanpa berselindung memaklumkan dia tahu status sebenar bakal isterinya itu. Dia tahu siapa yang menjadi dalang dalam isu ini. Lagi memburukkan keadaan, sikap Shantie yang menyembunyikan status dirinya, bukan sahaja memalukan malah keluarga bekas suami turut terkena tempiasnya, apabila semua orang sibuk bertanyakan hal tentang diri Shantie yang mengakui masih bujang sedangkan sebelum ini pernah menjadi menantu kepada keluarga terhormat.
Mengikut akhbar itu, Shantie atau nama sebenarnya Vie Shantie Harun, 21, dan bekas suaminya telah bernikah pada 24 Ogos 2002 dan bercerai talak satu pada 26 November 2006 dan perkahwinan mereka hanya mampu bertahan 2 tahun 4 bulan sahaja. Sabar je la Eizlan, lambat laun benda ni akan tenggelam jugak. Macam air laut, ada pasang dan surutnya.
Apa kata Eizlan:
“Saya tahu siapa yang menyebarkan perkara ini. Tetapi, saya cuba bersikap rasional dan enggan bertindak balas. Biarlah dia berbuat apa yang dimahukannya, semahu hatinya.Untuk pengetahuan pihak itu, saya kenal siapa isteri saya yang sebenar. Saya tidak akan melenting biarpun seperti dicabar saya supaya melatah dan membalas balik kenyataan yang tersebar.
Mungkin dia terlupa saya sudah melalui dugaan lebih besar daripada ini. Selidiki dulu keseluruhan berita yang disampaikan. Jadilah insan yang lebih bertanggungjawab, jangan hanya menulis mengikut perasaan,”
– Berita Harian.
Eizlan, pelakon filem CINTA yang tercalon dalam FFM 20. Menang ke agak-agak?