in , ,

Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 Tampil Lebih Meriah & Hebat di KL Base

Budiey Teruja Saksikan Kejayaan Ifa Raziah Mengangkat Festival Raya No. 1 Negara Ke Tahap Baharu Dengan Sokongan Hebat Selebriti Popular

Tahun ini, Budiey sekali lagi berpeluang menghadiri sidang media Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 yang diadakan dengan penuh gemilang pada 12 Mac 2025 di Ruang Rama Event Space Petaling Jaya.

Sebagai seorang pengamal media dan peminat hiburan tempatan, Budiey amat kagum dan teruja dengan pencapaian Ifa Raziah, figura versatil yang bukan sahaja bergelar artis tetapi juga seorang usahawan dan pengasas hebat di sebalik kejayaan acara mega ini.

Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 Tampil Lebih Meriah & Hebat di KL Base

Lewat sore itu, hujan turun bagaikan mencurahkan jutaan rezeki barakah untuk acara ini. Bila melangkah masuk ke lokasi acara, Budiey dapat rasakan aura kemeriahan sambutan Hari Raya yang bakal menjelma nanti. Acara bermula lebih awal dengan pelbagai aktiviti, keunikan booth selebriti dan kejutan menarik yang bakal menanti.

Lokasi Baharu Yang Strategik, Konsep Indoor & Outdoor Memikat Hati

Acara tahun ini dijangka lebih besar dan meriah kerana buat pertama kalinya, Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 akan berlangsung di lokasi yang cukup menarik iaitu KL Base, Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi.

Dengan gabungan konsep ‘Indoor’ dan ‘Outdoor’, acara ini bukan sahaja memberi fokus kepada persiapan Raya seperti pakaian, dekorasi dan keperluan rumah, tetapi juga menyajikan syurga makanan untuk ‘food hunter’ dan penggemar makanan jalanan. Lebih menarik, festival ini berlangsung 80 jam tanpa henti bermula 20 hingga 24 Mac 2025! Bayangkan betapa meriahnya suasana setiap hari dengan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga dari pagi hingga ke subuh.

Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 Tampil Lebih Meriah & Hebat di KL Base

Pengalaman Membeli-Belah Lebih Mudah Dengan SPayLater

Budiey juga teruja melihat kerjasama strategik bersama SPayLater yang bertindak sebagai Rakan Pembayaran Eksklusif untuk festival ini. Dengan konsep “Buy Now, Pay Later”, pengunjung boleh berbelanja tanpa tekanan, malah lebih fleksibel kerana boleh membuat bayaran kemudian atau ansuran hingga 12 bulan.

Tambahan pula, pembayaran ini patuh Syariah, jadi pengunjung boleh berbelanja dengan yakin dan bijak. Diskaun eksklusif turut diberikan kepada pengguna SPayLater — satu inisiatif yang pastinya memudahkan persiapan Raya ramai orang.

Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 Tampil Lebih Meriah & Hebat di KL Base

Ifa Raziah: Figura Serba Boleh Di Sebalik Starvendors

Apa yang paling Budiey kagumi adalah semangat dan usaha gigih Ifa Raziah dalam menjayakan acara ini. Sebagai Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd, beliau tidak pernah jemu memberi platform terbaik kepada usahawan kecil dan selebriti untuk mengembangkan jenama mereka.

Dalam ucapan beliau, Ifa dengan penuh semangat mendedahkan bahawa Starvendors bukan sahaja akan berlangsung di KL, malah bakal menjelajah ke negeri lain seperti Melaka, Pahang, Pulau Pinang dan Perak menerusi konsep baharu Starvendors Foodstival. Ini adalah peluang emas buat semua usahawan untuk menembusi pasaran lebih luas.

Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 Tampil Lebih Meriah & Hebat di KL Base

50 Artis Popular Turut Sertai, Semarakkan Suasana Raya

Apa yang memeriahkan lagi suasana ialah penyertaan lebih 50 selebriti popular tanah air yang membuka booth dan menjual produk masing-masing. Bayangkan Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kak KM, Dato’ Fizz Fairuz, Dato’ Afdlin Shauki, Chacha Maembong, Ramlah Ram, Noraniza Idris dan ramai lagi selebriti turut turun padang, bertemu peminat dan menjual sendiri produk mereka.

Budiey dapat lihat reaksi ceria dan penuh semangat para selebriti ini yang begitu menyokong acara ini dengan sepenuh hati. Ada yang tak sabar nak bertemu peminat, ada juga yang teruja berkongsi produk jenama sendiri. Suasana memang meriah dan penuh dengan aura positif!

Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 Tampil Lebih Meriah & Hebat di KL Base

Tarikan Unik: Hujan Duit, Goodie Bags & Aktiviti Malam Raya

Festival ini bukan sahaja tempat untuk membeli-belah, tetapi juga lokasi untuk hiburan dan aktiviti kekeluargaan. Terdapat kereta berhias, pertunjukan lampu, dan persembahan artis setiap malam. Pengunjung juga berpeluang memenangi hujan duit dan goodie bags bernilai lebih RM100,000 — satu tarikan yang pastinya membuatkan ramai tak sabar untuk hadir. Kemudahan seperti tempat solat, berbuka puasa dan sahur juga disediakan dengan selesa bagi memudahkan pengunjung beribadah dan menikmati pengalaman tanpa gangguan.

Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 Tampil Lebih Meriah & Hebat di KL Base

Pengunjung Dari Serata Dunia Dijemput Hadir

Ifa Raziah turut mengalu-alukan kedatangan pengunjung dari seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia untuk merasai sendiri kemeriahan Starvendors KL Mega Raya Fest 2025. Bagi Budiey, inilah platform terbaik untuk menyemarakkan semangat Raya sambil menyokong produk tempatan dan selebriti kegemaran.

Apa Kata Budiey?

Sebagai seorang pengamal media, Budiey amat terinspirasi melihat kesungguhan Ifa Raziah dalam menjadikan Starvendors satu festival bertaraf antarabangsa. Dengan sokongan selebriti popular dan usahawan kreatif, acara ini bukan sekadar pesta beli-belah, tetapi juga medan untuk memupuk perpaduan, menyemarakkan ekonomi tempatan dan menghidupkan kembali semangat keusahawanan. Budiey berharap agar lebih ramai usahawan dan selebriti berani keluar dari zon selesa dan menyertai platform seperti ini.

Starvendors Pasti Mega! — tagline ini benar-benar menggambarkan energi luar biasa acara ini. Kepada anda yang belum pernah hadir, jangan lepaskan peluang merasai kemeriahan luar biasa ini bersama keluarga dan rakan-rakan. Jumpa anda semua di Starvendors KL Mega Raya Fest 2025!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Semarakkan Syawal Dengan Hiburan ‘Meriah Lain Macam’ Istimewa Raya