Melalui perkongsian pihak Starbucks, mereka mengatakan ingin membawa komuniti seiring, selain pada masa yang sama menentang perkongsian berbentuk membenci – sama ada atas-talian, atau luar-talian.
Starbucks turut mengatakan lebih banyak usaha perlu diambil oleh peniaga dan pembuat polisi dalam menjayakan perkara ini.
Langkah ini dilakukan bukan sahaja oleh Starbucks dan Coca-Cola, tetapi pelbagai syarikat lain di dunia. Ini adalah usaha badan bebas yang ditujukan terhadap Facebook dan polisi perkongsian di laman sosial berkenaan.
Pelbagai jenama mengambil langkah untuk memboikot pengiklanan untuk bulan Julai 2020 ini.
Sumber: Amanz