Pusat membeli-belah 1 Utama atau juga dikenali OU dalam kalangan pengunjung menjadi premis terbaru mencatatkan kes positif COVID-19 dalam negara hari ini. Perkara itu dimaklumkan sendiri pihak pengurusan mereka melalui satu kenyataan rasmi yang dikongsikan di laman Facebook mereka pada tengah hari tadi.
Kami dah mengesahkan bahawa suhu kakitangan tersebut berada dibawah 37.5 celsius ketika dikesan.
Dia kini telah dirawat di hospital kerajaan, bagaimanapun setakat ini, kami belum menerima pemberitahuan rasmi dari Pihak Berkuasa Kesihatan.”
– Pengurusan 1 Utama
1 Utama Jadi Pusat Membeli-Belah Terbaru Catat Kes Positif COVID-19
Pekerja tersebut yang ketika kali terakhir memasuki bangunan itu dengan suhu di bawah 37.4 darjah celcius bagaimanapun difahamkan sudah tidak memasuki premis mereka selepas habis bekerja pada 30 September lalu dan menjalani off day nya pada keesokan harinya.
“Seperti mana dunia terkejut dengan pengumuman Donald Trump dan keputusan diagnosis COVID-19 baru-baru ini.
“Kini giliran kami pula untuk memaklumkan dengan hati yang berat bahawa kami telah mengetahui secara verbal bahawa terdapat satu kes COVID-19 melibatkan pekerja Mac City Servive Centre (Lot S330, Tingkat 2 1 Utama).
– Pengurusan 1 Utama
Selepas keputusannya dikeluarkan, pekerja terbabit juga kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan manakala rakan-rakan pekerja pula sedang menjalani kuarantin.
Susulan perkembangan terbaru itu, Mac City Centre menurut mereka telah ditutup dan proses pembersihan menyeluruh turut dijalankan termasuk proses sanitasi terhadap kesemua fasiliti mereka.
Sebagai langkah berjaga-jaga dan mematuhi garis panduan KKM, pihak OU telah melakukan perkara berikut:
- Penutupan segera dan pembersihan Mac Center Service Center. Semua rakan sekerja kakitangan yang terlibat telah dikuarantin dengan ketat.
- Pembersihan menyeluruh pusat membeli-belah termasuk bilik AHU (unit pengendalian udara), kawasan awam, kemudahan, lif, eskalator, tandas, bilik bayi, kemudahan rumah belakang dan semua titik sentuhan berat lainnya.
- PIhaknya menggunakan pembersih dan bahan disinfeksi kelas hospital yang mesra alam yang membunuh 99.9% bakteria dan virus dari udara dalam masa beberapa saat.
- Jejaki daftar masuk CCTV dan QR kakitangan yang terlibat.