Penyanyi popular Stacy Anam mengesahkan bahawa dirinya sudah memeluk Agama Islam dengan nama Islamnya Ummu Shaikhah Bt Anam. Stacy melafazkan dua kalimah syahadah di Jabatan Agama Islam Johor Bahru pada Isnin, jam 10.00 pagi disaksikan oleh bapanya, Anam Bayar, 53 dan ibunya, Agnes Kaloos, 57.
Stacy tahu detik bersejarah itu dirakam individu tertentu, namun mereka berjanji tidak menyebarkannya. Namun, apa-apa pun Stacy telah maafkan perbuatan mereka kerana itu yang diajar dalam Islam. Cuma Stacy bimbang apa yang berlaku kepadanya akan mendatangkan kerisauan individu yang mahu memeluk Islam nanti.
Pengakuan ini dibuat di Pusat Penyiaran Asia (Astro) petang tadi kira-kira jam 2:26 petang. Stacy juga rasa sangat sedih dan kecewa apabila gambar dan video ketika dia kali pertama mengucap kalimah syahadah disebarkan di laman sosial sehingga menjadi viral.
Kekasih kepada penyanyi Akim Ahmad itu memberitahu pada mulanya dia belum bersedia untuk mengumumkan status agamanya.
Namun setelah ia tersebar meluas di laman sosial semalam, Stacy mengambil keputusan untuk menjelaskan perkara tersebut kepada peminat supaya tidak timbul sebarang fitnah mahupun salah faham.
“Sepanjang saya bernafas di bumi ini, saya tidak mempunyai pendirian agama yang tetap. Saya menganuti agama Kristian kira-kira 3 tahun yang lalu selepas keluarga saya membuat keputusan untuk menganuti agama Kritsian. Saya berbesar hati menganuti agama Kristian, namun dalam hati saya alangkah seronok dan gembiranya saya memeluk agama islam pada ketika itu,†kata Stacy kepada pihak media.
Dalam pada itu, Stacy yang turut ditemani oleh ibu bapanya mengakui terkilan dengan penyebaran video dan gambar berkaitan dengan pengucapan 2 kalimah syahadah di hadapan seorang saksi wanita yang menjadi viral.
“Saya inginkan ‘privacy’ mengenai keinginan saya memeluk agama Islam. Setelah tersebar gambar dan video itu saya agak rasa terkilan dengan sikap individu yang tidak bertanggungjawab. Sepatutnya saya ‘happy’ dan raikan untuk diri saya sendiri, tetapi dek kerana penyebaran gambar itu saya agak terganggu.
“Bagi saya benda yang suci amat tidak wajar dihebahkan dan perlu menghormati sempadan saya,†katanya dengan nada sedih.